Teguran Pedas Buat Si Dayus Hafiz Dan Kekasihnya Syafiqah

RAIKAN AWEK DENGAN LIMOUSINE BAGAI?

Setelah ramai orang memperkatakan dan bercerita, jadi saya telah lihat video Hafiz Mahamad meraikan hari lahir kekasih hatinya, Syafiqah Aina dengan limusin and what not, yang telah viral dan menjadi sebutan satu Malaysia.

Saya berasa sangat marah dan kecewa dengan atitud dan video tersebut. Saya tidak dapat lihat satu apa pun kebaikan daripada video tersebut, melainkan perkara-perkara negatif semata-mata.

Meraikan hari lahir tidak salah. Bahkan kalaulah seorang suami meraikan seorang isteri amat digalakkan. Namun seorang boyfriend meraikan seorang girlfriend tanpa ikatan nikah adalah haram. Hukumnya berdosa.

Berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram dalam satu limusin (atau ruang tertutup) adalah haram. Dan berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam limusin 'ditemani' seorang fotografer/cameraman langsung tidak sweet.

Walaupun si gadis bertudung dan berpakaian bertutup (saya tak nak komen berkenaan ketat atau nampak lengan bla bla bla), maruah seorang muslimah dicalar-balarkan dengan aksi bersentuhan bahkan berpegangan tangan secara sengaja dengan si lelaki yang kononnya gentleman. Haram dan berdosa. Langsung tidak lady-like, langsung tidak gentlemen, bahkan dayus semata-mata, penuh maksiat.

Saya bertambah kecewa kerana pasangan ini meraikan dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang telah dilakukan, bahkan menyebar-luaskan dosa, maksiat dan keaiban ini kepada seluruh dunia untuk melihat dan menontonnya.

Cinta yang haram itu tetap haram. Selagi mana belum nikah, lelaki dan gadis ini adalah bukan mahram, dan haram berduaan, haram bersentuhan. Saya sebut sebegini sebab anda berdua adalah orang Islam. Muslim dan Muslimah. Ada faham?

Tiada alasan kita perlu bersangka baik si lelaki dan si gadis ini tidak reti agama. Si lelaki dan si gadis tahu 'agama' tetapi sengaja merendah-rendahkan martabat Islam dengan berkelakuan sebegitu.

Sekalipun mahu bercinta, janganlah jadi manusia yang jahil dan ignorant. Saya paling marah dan kecewa kerana maksiat ini dibangga-banggakan, disebar luaskan dan dilakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Respek, Bro. Mana engkau punya sifat hormat?

Saya nasihatkan Hafiz dan Syafiqah, tarik baliklah video yang telah disebarkan dan bertaubatlah. Jika desperate, bernikahlah sesegera mungkin. Umur gadis 22 tahun sudah 'tua' untuk menikah. Atau si lelaki tidak boleh nak meminang dan akad nikah kerana belum bersunat?

Inilah masalah orang kita sekarang. Terikut sangat dengan budaya Barat, budaya sosial melampau, drama dan filem Melayu yang tidak menjaga ikhtilat bahkan melampaui batas, zina, rogol, sentuh sikit sentuh banyak tak mengapa, bla bla bla, menjadi normal dan kebiasaan, sehingga dosa dan maksiat dirasakan seperti 'pahala' dan populariti.

Hang ingat sweet buat gitu-gitu? KEPALA HOTAK HANG!

Kepada wartawan dan jurnalis pun, cerita-cerita macam ni tak payahlah nak tulis macam cerita syurga. Adoi!

p/s: Tak pasal-pasal rasa marah pagi ni. Tolong share biar sampai Hafiz dan Syafiqah baca dan ambil iktibar. Terima kasih.

KREDIT INSTAGRAM HAFIZ MAHAMAD

@dlovenphotolover @sugarsurprise Part 5

A video posted by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

{ 11 comments.. read them below or add one }

Tanpa NamaTanpa Nama 21 Jun 2016 11:16 PG
saya SETUJU.. wat malu mak bapak je.. sape mak bapak dia orang ni?? Mcm YAHUDI
Tanpa NamaTanpa Nama 22 Jun 2016 4:36 PG
Perangai orang melayu macam ni la. Mengaku Islam tapi buat artikel yang tak mencerminkan Islam pun. Tegur elok-elok sudah, Islam ada suruh kita tegur orang cara ni ke? Habiskan Quran dlu nak.
syedrasyidi syedrasyidi 23 Jun 2016 11:04 PTG
DOAkan depa dua ni cepat nikah. Takyah la nak maki hamun bagai. DOA Yg baik baik ja. Sapa kita nak melampau menghukum manusia. Allah pun tak terus hukum kita kalo kita salah. Salah tetap salah tp kita tegoq berpada pada dah la.
Ethereal Ethereal 24 Jun 2016 6:29 PG
wow. narrow-minded people. as expected from malays. This guys is genuinely doing something for his girlfriend. Sharing it on the media platform isn't a wrong thing to do. It's simply sharing it, you might see it as ' show off ' but to them it's just memories for them to keep and share with their close friends. It's just that one person happened to have shared it with someone else and it became viral up to this point. You are so 'religious' to the point where you forgot that as a Muslim, like myself, you're not suppose to expose someone this way. You're not suppose to ' malukan ' orang lain. If you think it's wrong then say it in a nice way. Not in a way where you accuse them of committing such a crime, which is simply loving each other with all that they have. Yes, doakan. But youre doing it wrongly. You're not asking for the right doa. Do you, with a genuine heart really want them to be better or are you simply saying that to vent out your anger? Anyone can be inlove. It just so happens that they're more blessed with fancy items and money to show their love how much they mean to them. You dont know them or their history. You have no right to expose them as ' sinners '. Being in the same limo with the photographer is shameful? Habis nak satu kampung naik sekali ke so that it's not that haram? Please read up more on your religion before saying things. Plus, jangan nak sibuk jaga tepi kain orang. What good are you to say that they have sinned because of the video. Each and every muslim sin differently, and that's their business with Allah, not you.
Tanpa NamaTanpa Nama 26 Jun 2016 3:09 PTG
I dont think hes gonna read this or give a shit about your opinion..
cik merah cik merah 27 Jun 2016 9:33 PTG
Bukan nak kutuk. Bukan jeles. Cuma nasihat. Diwajibkan berkahwin jika mampu. Jangan main2 dengan hukum Allah SWT. Haram tetap haram. Hidup dekat dunia ni hanya sementara. Tak takut dengan hukum Allah SWT ke? Kita Islam buat cara Islam. Tak nampak ke kita ke arah zaman kejahilan sekarang ni? Wallahualam..
M Salleh M Salleh 27 Jun 2016 11:57 PTG
Teguran jer..yg lain jgn emosi sngt...Teguran ada kebaikkan...mmang btul apa yg diterangkan...tkpyh nk ikut sngt budaya barat...brsyukur dgn tunjuk ajaran islam...
M Salleh M Salleh 27 Jun 2016 11:57 PTG
Teguran jer..yg lain jgn emosi sngt...Teguran ada kebaikkan...mmang btul apa yg diterangkan...tkpyh nk ikut sngt budaya barat...brsyukur dgn tunjuk ajaran islam...
Tanpa NamaTanpa Nama 28 Jun 2016 9:57 PG
Sbb selalunya lepas kahwin dah tak buat benda2 yg """sweet""" ni
Tanpa NamaTanpa Nama 29 Jun 2016 4:51 PG
sdgkn nabi tgur umat cars berhemah ... seolah2 penulis cm thu sgt je tntg mereka berdua ... bersangka buruk tu pn berdoa ... klo ariff bab2 agama ta mgkin artikel ni akan ditulis ... btl kata org banyak ckp bnyak kebodohan yg akan kita tnjukan ... yg baik dri allah dan sebaliknya dri kita m.. vtq
Ihsan إحسان Ihsan إحسان 29 Jun 2016 10:35 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.