Syatilla, Sam Hanya Duta, Tak Tanggung Isu Baju Tak Siap

KEGAGALAN pihak pembekal menyiapkan baju raya pelanggan menyebabkan pasangan Syatilla Melvin dan Shahaizy Sam dikecam peminat yang bengang kerana masih belum mendapat pakaian raya mereka.

Sebagai duta butik Ella Zada, Syatilla telah membuat penjelasan bahawa mereka hanya bergelar duta dan tidak bertanggungjawab ke atas segala masalah yang timbul berkenaan pakaian tersebut.

“Saya dan Sam juga seperti orang lain dan kami tidak mempunyai jawapan bagi perkara itu. Saya tak tahu nak komen apa.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, benda itu diluar bidang kuasa dan kawalan kami.
Syatilla, Sam Hanya Duta, Tak Tanggung Isu Baju Tak Siap
“Kami hanya duta kepada kempen sempena raya butik berkenaan dan hanya menjalankan promosi sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Ekoran kekecohan yang berlaku, pengasas butik berkenaan, Elliyin Razif meminta orang ramai berhenti mengaitkan pasangan Syatilla dan Sam kerana masalah yang berlaku berpunca daripada pembekal.

Elliyin juga telah memohon maaf kepada Syatilla dan Sam kerana turut sama terbabit dalam masalah yang timbul.

Tambahnya, pembekal tidak dapat menyiapkan pakaian yang ditempah pada tarikh yang dijanjikan dan akan cuba mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pihak Ella Zada juga memberi jaminan akan menyelesaikan masalah kelewatan itu sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri. –

0 comment... add one now