Sabtu, 25 Jun 2016

Suri Rumah Terkejut Ular tedung menetas bawah almari

BAGAN DATOH - Seorang suri rumah tidak menyangka almari pakaian di rumahnya menjadi sarang kepada ular tedung untuk bertelur sehingga menetas.

Pegawai Pertahanan Awam Bagan Datoh, Mohd Zaidi Ahmad berkata,mangsa Sermadani Ansari, 39, dari Kampung Tebuk Che Agus, Selekoh, memaklumkan bahawa dia ternampak kulit ular di belakang almari pakaiannya.

"Tanpa berfikir panjang mangsa membongkok untuk mengambil kulit ular berkenaan untuk dibuang, namun dia terperanjat setelah melihat beberapa ekor anak ular sedang berlingkar di bawah almari.

"Mangsa kemudiannya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Bagan Datoh pada jam 7.30 malam tadi bagi memaklumkan kejadian berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.
Ular tedung menetas bawah almari
Menurut Mohd Zaidi, setiba di lokasi dia bersama dua anggotanya terus masuk ke dalam rumah Sermadani bagi melakukan pemeriksaan sebelum menangkap ular tedung tersebut.

"Selepas memeriksa bahagian bawah almari pakaian berkenaan kami berjaya menemui seekor ular tedung betina bersama lima ekor anaknya dipercayai baharu menetas.

"Ketika tangkapan dilakukan ular tedung betina tersebut melawan dan menjadi agresif memandangkan sarangnya diusik dan kami terpaksa mengambil masa 15 minit untuk menangkapnya," katanya.

Tambahnya, kesemua lima ekor anak ular tedung tersebut dilepaskan semula ke hutan berjauhan dari kawasan penempatan bersama ibunya.

Tiada ulasan:
Write ulasan