Khamis, 30 Jun 2016

Suami Anzalna Nasir Masuk Hospital,

Selepas beberapa hari mengalami sakit perut, suami kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir, Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta berdekatan pagi tadi akibat gastrik. Menurut Anzalna lagi, suaminya itu mengalami luka di dalam perut dan dijadualkan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dari doktor.

“Sejak minggu lalu suami saya sudah mengadu sakit perut, namun tak berjumpa doktor. Saya membawanya ke hospital setelah dia mengadu sakit, pagi tadi. Tak sangka pula keadaannya makin teruk hingga dimasukkan ke wad. Saya kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, sebelum ini dia tidak mengalami gastrik,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, bercakap pula mengenai rumah tangga, Anzalna akui kehidupan selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu lebih bahagia berbanding ketika dirinya masih solo dahulu. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa terujanya melalui saat pertama kali melalui bulan puasa dan bakal menyambut Aidilfitri bersama suami tersayang.
Screen Shot 2016-06-30 at 5.34.51 AM
Tambahnya lagi, Hanif juga seorang yang senang untuk diuruskan kerana beliau tidak cerewet dalam pemakanan, jadi jika ingin memasak juadah berbuka atau sahur juga sangat mudah. Memang terserlah kebahagiaan Anzalna sehingga beliau sendiri akui sampai tidak mahu bekerja kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan suami.

Tiada ulasan:
Write ulasan