Khamis, 16 Jun 2016

Seorang kanak-kanak di Negeri Sembilan sah dijangkiti JE . Giler Seram !!

SEREMBAN 15 Jun - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini sejak 20 Mei lalu disahkan dijangkiti virus Japanese Encephalitis (JE).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS), Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, pengesahan itu adalah berdasarkan ujian darah yang dilakukan ke atas kanak-kanak itu yang mendapati ianya positif JE.
JE
"Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Beliau berkata kes tersebut merupakan kes ketiga di Negeri Sembilan tahun ini selepas kes di Jelebu dan Kuala Pilah.

Bagaimana pun katanya, tiada kematian dilaporkan.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata kanak-kanak tersebut mungkin mendapat jangkitan akibat gigitan nyamuk.

Katanya hasil pemeriksaan di sekitar kawasan rumah mangsa di Kuala Pilah mendapati terdapat bekas berkubang dipercayai milik babi hutan.

"Seperti yang dilaporkan oleh Pengarah Kesihatan bahawa ini merupakan jangkitan yang disebabkan oleh pembawaan nyamuk daripada khinzir dan ia bukanlah merupakan wabak.

"Jadi ini bukanlah satu perkara yang perlu kita risaukan dan JKNNS akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa hasil daripada penyiasatannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Write ulasan