Sedih , Suami enggan daftar, pernikahan jadi tergantung

"ANDAI perkahwinan saya itu berlaku sekarang, saya tidak akan pilih untuk berkahwin di Siam. Saya akui, ketika itu saya terlalu jahil dan hanya mengikut nafsu, tak ada pengetahuan tentang hukum perkahwinan.

“Kami ambil jalan mudah dengan berkahwin di sana selepas terlanjur dan sejak awal ambil ringan soal pengesahan perkahwinan dari sudut undang-undang. Saya sendiri setuju untuk berkahwin kerana mengandung dua bulan ketika itu dan rasa seperti tidak dapat hidup tanpa dia,” akui seorang wanita hanya ingin dikenali sebagai Sara, 28, berasal dari selatan tanah air.

Menurutnya, kerana ingin bertanggungjawab atas keterlanjurannya itu, suaminya (dikenali sebagai Zain, 29) telah menyatakan hasrat untuk menikahinya namun jalan penyelesaian yang dipilih tidak mendapat restu keluarga.

“Saya dan suami terpaksa mengambil keputusan kahwin lari dan pernikahan akhirnya berlangsung di sempadan Thailand. Proses yang dilalui agak mudah kerana ada ejen yang menawarkan pakej perkahwinan di wilayah-wilayah Selatan Thai,” katanya.

Suami enggan daftar, pernikahan jadi tergantung

Sara berkata, selepas pernikahan berlangsung dia dan suami mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan baru di sebuah negeri di utara tanah air dan melupakan keluarga yang dirasakan tidak memahami kehendak mereka.

“Pada awalnya saya rasa amat bahagia dapat hidup bersama suami dan tiga anak hasil perkongsian hidup kami namun keindahan hidup yang saya jangka selamanya itu mula hilang sedikit demi sedikit apabila suami berubah sikap.

Katanya, keadaan hidup cukup makan yang dilalui berubah apabila pergaduhan kecil antara mereka kerap tercetus, terutamanya apabila ia melibatkan wang dan suaminya mula mengabaikan tanggungjawab.

“Saya dapat rasakan sikapnya berlainan apatah lagi duit selalu tidak ada, bagaimana saya nak beri anak-anak makan sedangkan saya sendiri tidak bekerja dan mengharap suami sepenuhnya.

“Hari demi hari, hubungan kami makin teruk dan akhirnya saya dapat tahu suami main kayu tiga apabila ada seorang perempuan datang ke rumah mencarinya, malah sejak kami bertengkar  dia tidak lagi pulang ke rumah,” katanya.

0 comment... add one now