Isnin, 27 Jun 2016

Sayu, Ramadan pertama tanpa ayah

BANDAR AMBS - Dalam merindukan saat-sat indah menjalani ibadat puasa bersama arwah bapanya, seorang anak yatim tetap tabah mengharungi Ramadan pada tahun ini dan melaksanakan ibadat sebaik mungkin.

Amir Arshad Haizan, 11, yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik telah kehilangan bapanya pada tahun lepas dan dia sudah mengerti bahawa Syawal pada tahun ini hanya akan disambut bersama ibu serta adik-beradik lain.
Ramadan pertama tanpa ayah
Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan baginya serta adik beradik lain berbuka puasa bersama-sama arwah bapa mereka setiap kali Ramadan dan detik-detik itu tidak mungkin dapat diulang semula.

"Saya masih ingat saat berbuka puasa dan sambut hari raya bersama ayah pada tahun-tahun sebelum ini. Kami masih berkesempatan melalui saat itu pada tahun lepas, namun kemudiannya ayah meninggal dunia secara mengejut.

"Memang hari raya tahun ini agak menyedihkan kerana saya sudah kehilangan salah seorang insan paling disayangi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS) di sini, baru-baru ini.

Berlainan pula dengan seorang lagi anak yatim, Mohd Asraf Abdullah, 11, yang telah kehilangan insan bergelar bapa sejak dari kecil.

“Saya tak pernah rasa pengalaman berpuasa dan sambut hari raya bersama bapa kerana sejak kecil hanya ada abang dan ibu sahaja di sisi saya.

“Bapa meninggal ketika saya masih kecil dan kadang-kala timbul juga perasaan sedih kerana saya sudah tiada bapa, tapi puasa serta raya tetap seronok bersama ahli keluarga lain,” katanya.

Tiada ulasan:
Write ulasan