Selasa, 28 Jun 2016

Saya Hanya Mampu Berdoa Di Beri Bantuan


SEBERANG TAKIR – “Mungkin ibu bapa lain ketika ini sedang sibuk buat persiapan hari raya dengan membeli pakaian baru buat anak-anak, tetapi saya pula hanya mampu berdoa agar ada yang datang menghulurkan bantuan,” kata Miss Sanung Samuyama, 42.

Miss Sanung berkata, dengan pendapatan suami sebagai tukang paip, mereka tidak mampu sediakan kelengkapan hari raya kerana duit yang ada hanya dapat menampung perbelanjaan harian.

Menurutnya, tambahan pula anak bongsu berusia 2 tahun, turut menderita lebihan air dalam kepada hingga menyebabkan kepalanya besar.

Bagaimanapun katanya, kepala anaknya kembali normal selepas melakukan pembedahan, namun terpaksa memakai tiub untuk mengeluarkan lebihan air.
Tak mampu beli baju raya
“Beginilah keadaan setiap tahun. Biasanya, pakaian anak-anak hanya dapat dibeli sekiranya mendapat bantuan zakat atau orang perseorangan. Walaupun sedih sebab tidak mampu menyediakan keperluan hari raya seperti mana ibu bapa lain, namun saya reda dan anggap ini sebagai ujian ALLAH SWT.

"Tiada yang lebih menggembirakan apabila dapat menyambut hari raya bersama anak-anak, meskipun dalam serba kekurangan,” kata ibu kepada lima orang cahaya mata ini ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Teluk Ketapang, di sini.

Sementara itu, Miss Sanung turut dikhabarkan berita gembira apabila bakal mendapat rumah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Perumahan Mampu Milik Kampung Batin.

“Kami masih menunggu penyerahan kunci dan berharap rumah sendiri yang lebih sempurna ini akan memberi lebih keselesaan buat anak-anak,” katanya yang berasal dari Thailand dan lebih 30 tahun menetap di negara ini

Tiada ulasan:
Write ulasan