Salah Aku Tak Mampu Jadi Penyejuk Hati Mak Ayah

Assalamualaikum. Mohon admin approve confession aku ni.

Aku ni anak bongsu dari 2 beradik. Aku ada abg dan dia dah berkahwin dan ada seorg anak. Aku dah habis diploma dalam 2 tahun dan sekarang aku bekerja biasa2 ja.

Masalah aku sekarang ni bila ayah aku suka halang apa aku nak buat. Contohnya bila aku nak memandu. Selama ni ayah aku kecoh bila aku tak memandu tapi skrg bila aku nak drive pergi kerja ka apa tak boleh. Apa bendanya ?? Sedangkan semua roadtax insurans aku yang bayarkan. Aku yang bagi duit baiki apa yang patut. Bukan nak bekira dgn ayah aku tapi tolonglah paham keadaan aku. Aku nak drive supaya aku tak perlu susahkan sapa2.

Lagi satu ayah aku suka marah2 mak aku tambah bila bulan puasa. Sikit2 maki mak aku kata nak tampar lah, nak tendanglah. Silap sikit mak aku kena maki. Tak habis2 dengan ayat ayah aku betina ada 9 nafsu 1 akal. Jenis betina itu betina ini. Kalau nak kata ayah aku penat letih bukannya ayah aku kerja. Dok rumah tidoq je. Mak aku yang kerja pulun cari duit support belanja kami plus abg aku hulur sikit2 duit belanja rumah. Dan aku bayarkan bil dan sebagainya.

Pantang salah sikit maki. Ada je yang tak kena dekat mata ayah aku. Suka sangat fikir negatif pasal orang. Aku pahamlah kalau ayah aku stress sebab pikir apa adik beradik dia buat kat dia tapi tu bukan salah kami. Ramai yg kata aku je paham ayah aku sebab aku suka backup ayah aku. Macam mana aku tak backup kalau dah 3 orang kata kat dia tak akan sorang pun tak nak backup dan sebut kebaikan ayah aku yang lain. Tapi lama2 aku pun tak tahan jugak sebab tu aku confess dekat sini dgn harapan lega hati aku sikit.

Aku selalu doa harap2 bahagia family aku sampai bila2. Aku kesian dekat mak aku bila mak aku kena maki kena marah. Mak aku dah tak ada kawan nak luah jadi mak aku luah lah kat aku. Tapi apa sangat aku boleh kasi respon. Tak akan lah aku nak kutuk ayah aku pulak maka aku cuma boleh minta mak aku sabaq je.

Aku sampai tak sambung degree sebab memikirkan soal mak ayah aku. Nanti apa jadi kalau aku belajar jauh2. Apa jadi kalau mak ayah aku gaduh aku tak ada. Nanti sapa nak pujuk mak aku kalau hati dia sakit, sapa nak backup ayah aku kalau semua salahkan dia. Banyak aku fikir banyak sangat. Orang nampak macam aku tak ada masalah apa tapi orang tak tahu apa aku simpan apa aku pendam.

Benda simple macam ni yang buat aku makan hati. Hati aku cepat sentap cepat sedih. Aku memang cepat nangis tapi tulah moga2 Allah hilangkan rasa amarah dalam hati ayah aku. Aku tak kisah aku kena marah tapi janganlah mak aku yang kena marah.

Satu aku harap janganlah ada yang komen kutuk ayah aku. Ayah aku dulu dibesarkan oleh tokwan aku yang kaki mabuk, kaki pukul mungkin itu sebab ayah aku jadi cepat marah. Aku tak salahkan ayah aku atau mak aku. Aku salahkan diri aku sendiri sebab tak mampu jadi anak penyejuk hati mak ayah aku.

Terima kasih. Assalamualaikum.

0 comment... add one now