Ahad, 19 Jun 2016

Perkahwinan Ahn Jae Hyun & Ku Hye Sun Dapat Tentangan

KEPUTUSAN Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun untuk berkahwin ketika berada di kemuncak kerjaya dikatakan satu tindakan yang berani.

Bagaimanapun, Ahn Jae Hyun memberitahu keputusan tersebut mendapat tentangan daripada banyak pihak terutama orang-orang terdekat.

Menerusi program TVN, aktor itu memberitahu ketika dia mengumumkan berita berkenaan ramai yang menganggap ia hanya tindakan yang memusnahkan kerjayanya.

"Terima kasih kerana mengucapkan tahniah kerana selama saya mengumumkan hal perkahwinan ramai yang menentangnya.

"Mereka kata saya hanya memusnahkan kerjaya dan nama saya sahaja selepas berkahwin. Perkara itu membuatkan saya membenci dunia hiburan," ujarnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan