Selasa, 21 Jun 2016

Pelakon Linda Helmi Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Pelakon pada era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping, Perak kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati.

Allahyarhamah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya itu.

Pelakon itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-Mimpi.

Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintangi olehnya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.

Allahyarhamah pergi meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu.

Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok, lapor BH Online.

Tiada ulasan:
Write ulasan