Ahad, 19 Jun 2016

'Papa, Kenapa Kalau Nak Berak Kena Buka Seluar?'

  Berita Premium       Ahad, 19 Jun 2016
Saya nak kongsi satu kisah lucu yang suami saya alami tadi sebab saya rasa semua bapa-bapa yang ada anak kecil akan boleh relate dengan kisah ini. Jadi, jangan lupa kongsikan dengan suami masing-masing selepas baca ya. 

Kisah ini berlaku di washroom lelaki di dalam Aeon Mall. Semasa suami saya sedang 'melaksanakan hajat di hati' di dalam sebuah tandas di situ, tiba-tiba dia terdengar satu perbualan seorang anak kecil dengan bapanya di tandas sebelah. 

Anak: Papa, papa nak buat apa papa?

Bapa: Nak berak.

Anak: Kenapa papa buka kasut, papa?

Bapa: Supaya senang nak buka seluar.

Anak: Kenapa kena buka seluar pape?

Bapa: Sebab nak berak.

Anak: Kenapa kalau nak berak kena buka seluar papa?

Bapa: Hmm... kejaplah, papa nak berak ni.
Anak: Oh okay. 

Selepas 5 saat....

Anak: Kenapa kalau nak berak kena buka seluar, papa?

Bapa: Supaya seluar tak kotor. Dahlah, papa nak berak kejap.

Anak: Oh, okay okay..

Selepas 5 saat...

Anak: Kenapa kalau tak buka seluar, nanti seluar kotor papa?

Dan perbualan mereka terhenti di situ kerana suami saya terus keluar dari washroom sebab tak tahan nak gelak. Budak-budak kecil ni kan, soalan tahap langit ketujuh dia bagi. Topik berak saja pun dah 60 soalan. 

Selepas suami ceritakan kisah itu kepada saya, kami berdua gelak barai siap hentak-hentak kaki. Hahaha! Dan tiba-tiba Haikal datang dan bertanya,

"Mama, kenapa manusia kena ada kuku?"

Suami pun jawab dengan nada bergurau, "Supaya Haikal senang nak korek hidung," 

"Ooo macam tu. Tetapi kenapa hidung kena ada lubang? Dua pulak tu," soal Haikal lagi. 

Aaarrghhh! Soalan ape ni?! *Terbalikkan meja* - Rajiah Nasir
logoblog

Thanks for reading 'Papa, Kenapa Kalau Nak Berak Kena Buka Seluar?'

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan