'Orang Sekarang Dah Tak Pandang Student Politeknik'

Aku sedih bila baca confession budak UiTM yang rasa terhina bila orang pandang rendah pada dia. Ini bukan sedih sebab aku budak UiTM juga tetapi sedih sebab aku dengan kawan-kawan pun selalu kena perli selama study diploma, hanya kerana kami pelajar politeknik. 

Aku tak tahu di mana silapnya, sehingga kaum kerabat sendiri dan student uni yang lain rasa budak-budak poli ini macam 'ayam-ayam' sahaja. Alaa, sekarang pun aku syak ada di antara korang yang rasa budak polis ini tak sama level dengan uni, even sama-sama grad diploma kan? Dasar manusia judgemental! Hehe! Gurau-gura. 

Aku tak menyesal pun study diploma di poli. Sedikit pun tidak. Sebenarnya aku ada juga apply UPU dulu, tetapi tiada rezeki. Berbekalkan SPM 5A pada masa itu, aku apply UPU. Tinggi gila harapan aku nak dapat sambung diploma di uni, nak rasa 'campus life', study ramai-ramai sambil berbaring atas rumput seperti yang ditunjukkan dalam kaca televisyen. 

Bila keputusan UPU keluar, aku tak dapat tawaran dari mana-aman IPTA. Belum ada rezeki. Masa itu dah risau, teruk sangat ke keputusan SPM aku? Tak layak ke? 

Kemudian aku dengar khabar angin kononnya ada intake memang utamakan bumiputera dulu. FYI, ayah aku Malaysian, ibu pula Thailand. Jadi, mungkin itu salah satu faktor kenapa aku tak menerima tawaran. Tak pun, keputusan SPM aku tidak sesuai dengan kos yang aku pohon, ataupun sebab budak-budak batch itu lebih ramai yang genius sehingga keputusan SPM aku hanya level-level tapak kaki saja. Mungkin. 

Bila dah jadi begitu, aku rasa memang aku tidak layak masuk uni. Jadi, bila buka saja intake politeknik, aku terus apply dan alhamdulillah memang rezeki aku di sana. 

Tiga tahun aku bertapa di poli, grad dan alhamdulillah juga aku dengan kawan-kawan di poli dapat sambung degree. Masing-masing berpecah sebab lain-lain uni. 

Minggu suai kenal semasa degree paling mencabar. Iyalah, selama di poli tak pernah pun jumpa budak uni yang lain. Tak faham apa itu judgemental. Bila orientasi, budak lain akan tanya kau uni mana, kos apa. Kiranya pada masa itu level paling power ialah budak matrik. Budak matrik memang diagung-agungkan sebagai manusia genius. STPM pun. Diploma pandai juga tetapi ada dua jenis. Kasta tinggi budak Uni. Kasta rendah, budak Politeknik. 

Haha! Sedih pula. Tetapi aku masih ingat lagi ada seorang budak itu bertanya pada aku. 
"Kau belajar di mana dulu? Kos apa?" soalnya. 

"Politeknik, kos akaun. Kau?" aku soal dia semula. 

"Aku Uni ****, akaun juga. Kau tak nampak macam budak politeknik pun. Eh, senang gila nak score kan kalau study di sana?" katanya

"Dah tu, kau nak dahi ini ada cop 'made in poli' baru kau nak percaya? Kalau memang dari poli pun kenapa? Kalau kau study betul-betul, senang scorelah ceritanya. Eh kau ni kang!" 

Tetapi kata-kata itu hanya terucap di dalam hati. Aku cuma gelak hambar saja selepas dia berkata begitu. Aku tak salahkan dia berfikiran begitu sebab sepanajgn aku cuti sem time diploma, pakcik makcik aku semua berfikiran seperti itu juga. Anak-anak mereka semua masuk Uni. Jadi mereka hairan dengan nasib budak-budak politeknik ini.

Aku pun tak faham info apa yang mereka dapat sampai pandang rendah pada student politeknik ini, Masing-masing bagi 'sokongan padu'. 

"Nanti habis diploma, susah nak sambung degree. Politeknik orang tak pandang,

"Budak politeknik kalau 4 flat, campak di universiti tak boleh hidup. Poli kan senang saja nak score," 

Allahu. Kalau betullah senang nak score di politeknik itu, tak adalah abang-abang senior aku bertapa sehingga 10 sem di sana. Aku tengok silibus Uni dengan Poli tak jauh beza pun. Jadi, kalau kau study gigih tak kiralah uni mana pun, inshaAllah boleh score. Simple. 

Kadang-kadang aku fedup dengan soalan-soalan tak membina minda begini. Tetapi aku bersyukur mama dan abah sentiasa support aku. Tak pernah pun mereka pertikaikan kenapa anak mereka masuk politeknik. 

Bebel panjang-panjang, sebenarnya nak cakap satu perkara saya. Tak kisahlah kau study di ceruk mana sekali pun, jijik mana orang pandang uni kau, abaikan kata-kata sumbang yang cuba mematahkan semangat kau. Niat dalam hati, kau belajar kerana Allah. Lantak pi lah depa.  - Neon

1 comment... add one now

Mazz SHA Mazz SHA 26 Jun 2016 4:52 PTG
Saya bangga menjadi student poly...rata2 kawan sama poly semua dh berjaya melepasi ijazah..belajar di poly saya pernah x tidur 5 mlm buat assingtment yg melambak2 berbanding masa di uni...mudah utk score