Isnin, 13 Jun 2016

Neelofa Nafi Dakwaan Kembali Bercinta Dengan Hans Issac

Hubungan cinta diantara Neelofa dan pelakon kacak, Hans Isaac sudah pun lama berakhir, malah masing-masing juga sudah membuat haluan hidup sendiri namun masih terdapat desas-desus mengaitkan mereka sehingga kini dengan mengatakan mereka kembali menjalinkan hubungan cinta apabila ada yang melihat mereka masih rapat dan berkawan baik.

“Saya masih berkawan dengannya, malah komunikasi tetap seperti dahulu. Hans ada memberitahu jika ditakdirkan saya bertemu pengganti, kami tetap akan berkawan. Hans juga tidak pernah menghalang saya berkawan dengan sesiapa. Secara peribadi, saya sudah bersedia, malah ingin sekali bertemu dengan lelaki yang bakal menjadi teman hidup saya”

“Saya sudah berusia 27 tahun, tetapi usia tidak pernah memberikan saya tekanan untuk segera bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga. Saya percaya masih belum terlewat untuk saya bertemu pasangan hati,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung soal jodoh yang sering dikaitkan dengan dirinya yang masih bergelar solo sejak berpisah dengan Hans.

Dakwaan ini bukanlah kali pertama terjadi kerana sebelum ini juga terdapat dakwaan yang sama dimana ada yang melihat Neelofa dan Hans keluar berduaan makan di sebuah restoran, malah mereka juga didakwa kelihatan begitu mesra sekali semasa makan. Bagaimanapun, kedua-dua pihak menafikan perkara berkenaan dan tidak ingin dikaitkan bersama lagi.

Kisah percintaan diantara mereka bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia seni pada ketika itu, perancangan ke arah mendirikan rumah tangga juga pernah dilakukan oleh mereka. Namun, mungkin tiada jodoh diantara mereka apabila Neelofa sendiri mengesahkan bahawa hubungan cinta diantara mereka telah berakhir dan berpisah secara baik pada tahun 2014.

Tiada ulasan:
Write ulasan