Selasa, 14 Jun 2016

Mustapha Kamal mohon maaf dakwa Acapan masuk Islam.

Semalam, viral di media sosial tentang penghijrahan seorang pelawak terkenal, Accapan yang dikatakan telah memeluk Islam..

Tetapi, tuan empunya badan telah tampil menafikan perkara itu dan telah membuat laporan polis di Balai Petaling, Jalan Klang Lama..

Segala salah faham ini berlaku didakwa berpunca dari seorang rakan artis Mustapha Kamal..

Pelakon itu dah memuatnaik beberapa keping gambar dan video di akaun Facebook miliknya mendakwa pelawak itu dah peluk Islam..

Status itu dah mendapat banyak komen dan juga telah di share oleh banyak pihak..

Disebabkan Accapan sendiri dah tampil memaklumkan dirinya masih lagi tak memeluk Islam.., Mustapha telah memuatnaik status permohonan maaf sebab dah sebarkan berita palsu..

Menurut admin yang menguruskan akaun Mustapha, Facebook milik pelakon dikendalikan oleh beberapa orang admin dan Mustapha sendiri..

Tetapi, berita tentang Accapan memeluk Islam itu bukan di 'posting' oleh Mustapha..

Walaupun begitu, banyak pihak yang masih lagi marah dengan admin Facebook Mustapha sebab sebarkan berita tanpa ulus periksa..

Tambah pulak sebarkan berita pasal seorang artis telah memeluk Islam..

Diharap Mustapha menasihati admin facebook beliau agar memastikan dulu dari sumber yang sahih atau dari tuan badan sendiri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan..

Tak pasal-pasal Accapan dah kena menjawab dengan ahli keluarga terdekat bila dirinya didakwa sudah memeluk Islam..

Soal individu memeluk Islam ini bukan hal main-main, banyak pihak yang akan terasa hati..

Tiada ulasan:
Write ulasan