Isnin, 27 Jun 2016

Mujur Jalan Kampung 80KM/J Sahaja...'

KUALA LUMPUR - Gambar seorang bapa yang sedang memandu kereta dengan bayinya diletakkan di depan stereng, viral di media sosial.

"Bapak drive tapi dia nak tidur juga. Tidur kat stereng. Mujur jalan kampung, 80km/j sahaja," katanya.

Gambar yang dimuat naik itu bagaimanapun telah dibuang oleh pemiliknya setelah menerima respon negatif dari netizen.

"Memandu di jalan kampung dengan kelajuan 80km/j dengan bayi di antara stereng, dengan bapanya tidak memakai tali pinggang keselamatan, jelas sekali tidak selamat!

"Bayangkan kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini, lalu keluar airbag di stereng menghentak kanak-kanak terbabit ke kepala bapanya sendiri. Silap-silap boleh menyebabkan bayi itu maut atau kedua-dua sekali akibat pendarahan dalam otak," kata Rahmoon.

"Adakah tindakan ini dikatakan sayang pada anak atau parent yang 'b***h? Kenapa tak gunakan child seat? Inilah yang dikatakan mewarisi keb***han kepada generasi akan datang," kata Muhammad Jamil Yusuf.

"Nowadays babies don't need to be vaccinated, parents don't need to wear seatbelt. Kids don't need to be secured in a child seat anymore. God has it all covered. The greatest, they say," kata Michael Tan.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa ibu bapa terbabit patut dikenakan tindakan tegas kerana memandu secara berbahaya dan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Tiada ulasan:
Write ulasan