Selasa, 14 Jun 2016

Muat Naik Video Berubat Dengan Datuk Haron Din : Netizen Berbalah Di Instagram Neelofa

Beberapa hari lepas, Neelofa ada memuat naik video dimana beliau berubat dengan pengamal perubatan Islam terkenal Datuk Dr Haron Din.



Didalam video berkenaan, ia menunjukkan bagaimana proses ruqyah dilakukan dimana Haron Din meletakkan tangannya dibahagian belakang  baju  Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al –Quran.

Namun, video tersebut mencetuskan sedikit perbalahan dikalangan pengikutnya di Instagram. Ada pihak yang mengatakan perkara itu seakan menimbulkan fitnah dan tidak harus dimuat naik ke media sosial.



Korang ni agak-agakla kalau hendak beri komen sekali pun.  Sebelum hendak menjatuhkan seseorang dan mengkritik mereka lebih baik ada ilmu yang penuh di dada. Apa yang dilakukan oleh Haron Din untuk mengubati Neelofa adalah perkara biasa dan ia tidak menimbulkan sebarang fitnah. Apa-apa pun, beruntung Neelofa kerana dapat bertemu dengan ahli agama dan pengamal perubatan Islam yang cukup terkenal dan mempunyai banyak kelebihan.

Tiada ulasan:
Write ulasan