"Mommy I Love You" - Mesej Anak Kepada Ibu Ketika Insiden Tembakan Orlando

MESEJ menyayat hati dan menakutkan telah dihantar oleh seorang anak kepada ibunya semasa insiden tembakan Orlando di sebuah kelab gay di Florida, Amerika Syarikat.

Insiden pembunuhan beramai-ramai itu dianggap "kejadian tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat".

Mina Justice sedang bercakap di telefon dengan anaknya, Eddie Justice ketika lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan di kelab berkenaan hingga membunuh 50 orang dan menyebabkan 53 cedera.

Eddie menghubungi ibunya ketika dia bersembunyi di dalam bilik air.

Bagaimanapun ibunya menyuruh dia meletak telefon dan mereka menyambung perbualan menerusi mesej bertulis.

Saat-saat kejadian pembunuhan yang menakutkan itu dirakamkan daripada perbualan mesej berkenaan.

"Mommy I love you" tulis Eddie kepada ibunya.

Dia merayu ibunya untuk mendapatkan bantuan.

"Terperangkap dalam bilik air," tulis Eddie.

Mesej lain yang sempat dihantar Eddie antaranya ialah:

"Dia datang"

"Saya akan mati"

Bagaimanapun masih belum dipastikan sama ada Eddie terselamat atau tidak dalam insiden tembakan berkenaan.

0 comment... add one now