Isnin, 13 Jun 2016

Meja Lama & Usang, Doktor Tidak Pernah Merungut Malah Sabar Dengan Kritikan Netizen. Respect

Kebelakangan ini kita sering mendengar rungutan daripada orang awam mengenai servis buruk yang diberikan oleh kakitangan hospital kepada pesakit. Malah baru-baru viral di media sosial mengenai kakitangan hospital hanya tahu main phone, makan dan borak sepanjang waktu bekerja.
Namun, perkongsian wanita ini mengenai servis dan layanan pihak hospital sewaktu menerima rawatan asthma baru-baru ini menyimpang jauh dari apa yang didakwa. Malah, yang paling mengejutkan, doktor masih lagi menggunakan meja kayu yang usang.

Macam-macam karenah pesakit, belum sempat duduk ada lagi patient


Asthma Bay HKL
USANG BETUL. nauzubillah.
Semalam (11 Jun 2016) setengah hari dekat bengkel kereta. Cuaca panas ya rabbi. Tambah pulak waktu puasa. Memang mencabar. Pukul 4.30 mcm tu kereta siap, sekali nahh, hujan selebat alam. Gigih la singgah kejap bazaar di sri rampai nak beli juadah. rasa letih nak masak.
Sampai rumah, nafas ni lain macam dah rasa. Pam inhaller. (Ok mesti ramai doubt pasal penggunaan inhaller waktu puasa tapi aku dh tanya ustaz2 pasal hal ni, nanti cite lain).. Tapi macam tak mahu reda sangat. takpe tahan lagi. Tido kejap petang tu, skali tengah sedap tido, boleh pulak tesedak. ha ni memang penyumbang terbesar kedatangan semput den. Tapi tulah bajet terer. Nak jugak tunggu elok sendiri.
Pukul 11 macam tu (bape jam since 1st attack) suami den pakse jugak ke hospital. Sampai je HKL, rasenye dia ni PPP, Haris nama dia terus cek, suruh duduk bagi neb terus.
Sebab aku duduk depan meja doc (alaaa lupa la nama doc tu sebab aku kena neb 3x cucuk masuk ubat lagi).. Aku tgk doc ni alahai tak putus-putus layan pesakit asma macam aku ni. Macam-macam karenah wey.

Terpandang meja usang tempat dia tulis ubat, amik BP dan segala…


Ada yang tak elok lagi semputnye tp nak balik cepat, ade yang tak nak masuk wad pun ye jugak. Kali ke 2 aku amik neb, PPP Haris tu cucuk masuk ubat. Lepastu nampak dia bawak patient, uncle India gi amik xray ke ape tah. Doc datang cek lagi die suruh amik 3rd neb hilangkan terus bunyi2 gendang dalam dade den.
Baru dia nk duduk, datang lagi 2 patient. Rasanya sorg tu student budak perempuan dengan sorang uncle cina pun semput jugak tu. Senyum ja doc tu.
Bila dia gi hantar patient ke kerusi, dia sendiri yang gi bancuh neb nak bagi kat patient2 yang memang “weyy ni nyawa ni” sbb PPP tu bawak uncle india tu tadi.
Time ni la aku terpandang meja doc ni. Ya aku tau, meja tu bukan dia sorang guna. Tapi, meja usang tulah tempat dia tulis ubat, tempat dia amik BP amik spo2 segala. Aku tak tau lah, maybe sebab aku pempuan, mata aku ni suka tengok yang lawa2. Kalau lah meja kerja aku kat opis serupa gini, mau ak lepak lobi je.
Tapi aku tak penah plak nampak doctor or any medical personnel ni viralkan kat fb pasal workspace dorg yang usang ni. Yang ade, masyarakat kita yang curi-curi amik gambar dorg makan, lelap, borak, main hp.
Kemonnla..
Give them some space.
Respect them.
They help us.
Jangan sebab kita bayar seringgit, kita rasa kita tak patut dpat servis lambat. Sabarlaaa.
Sompot den.
ZanaZain
sumber: Zanariah Zain

Tiada ulasan:
Write ulasan