Isnin, 20 Jun 2016

Marsha Milan Akui Perlukan Masa Untuk Dalami Agama Islam

Mengakui masih baru mendalami agama Islam, pelakon dan penyanyi Marsha Milan menjelaskan buat masa ini dia terpaksa menangguhkan keinginannya untuk mendirikan solat terawih. Ini kerana dirinya masih lagi dalam proses belajar selain memerlukan bimbingan.



“Saya ada melakukan tarawih bersama suami dan keluarga di rumah. Sudah beberapa kali juga. Niat untuk ke masjid memang ada tetapi saya masih belajar. Kalau solat pun saya perlukan imam kerana masih tidak tahu bila masanya untuk rukuk atau sujud”

“Gerakan itu pun saya tidak ingat, apatah lagi surah dan doa yang perlu dibaca. Kalau ditanya pengertian Ramadan secara peribadi, saya sukar menjawab soalan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menjelaskan dirinya masih sangat baru mendalami agama Islam, Marsha perlukan lebih banyak masa untuk mempelajari perkara baru dan juga pengertian sebenar sesuatu perkara. Semoga harapan Misha untuk mendalami agama akan dipermudahkan.

Tiada ulasan:
Write ulasan