Rabu, 15 Jun 2016

Liyana Jasmay Nafi Suaminya Diganggu Oleh Rakan Artis

Agak jarang sebenarnya kita dengar sebarang gosip mengenai rumah tangga Liyana Jasmay, tetapi baru-baru ini ada yang mengatakan suaminya diganggu rakan artis wanita.
Mendengar berita berkenaan, Liyana akui beliau merasa agak terkejut bagaimana cerita berkenaan boleh timbul.

Saya tak tahu nak komen macam mana. Sejujurnya, saya terkejut macam mana cerita ini boleh timbul. Apa boleh saya katakan, ia dakwaan palsu.
Kalau nak tahu, saya dan suami akan keluar bersama beberapa rakan seperti Lisa Surihani, Intan Ladiyana dan Fazura. Mustahil mereka berkelakuan sedemikian. Lagipun, suami sentiasa ada bersama saya.
Malah, Liyana berkata isu ini juga tidak perlu diperbesarkan dan pada masa yang sama beliau selepas ini, tidak akan berkongsi lagi kisah peribadinya terutama sekali tentang rumah tangganya kerana tidak mahu cerita yang tidak benar disebarkan lagi.

Saya rasa cukup setakat ini berkongsi kisah peribadi. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang boleh menimbulkan persepsi negatif. Kalau membabitkan anak saya okey lagi.
Kalau dah jadi artis mustahil untuk lari daripada gosip. Mungkin tindakan Liyana Jasmay untuk tidak lagi kongiskan kisah rumah tangganya adalah jalan terbaik untuk isu seperti ini tidak berlaku lagi.

Tiada ulasan:
Write ulasan