Rabu, 29 Jun 2016

Lelaki Ini Berterima Kasih Dan Melihat Sendiri Pengorbanan Petugas Hospital Kerajaan

Baru nak discharge.
Sebelum saya post gambar baby ke saya nak ucap setinggi tinggi penghargaan kat petugas petugas kesihatan. Saya ni tak pernah lagi masuk wad (nauzubillah) sebab saya minum Milo & ambil vaksin. Jadi bila dapat lihat sendiri dengan mata sendiri pengorbanan petugas kesihatan ni saya rasa kena bagi kredit kepada 'unsung heroes' ni.
Yalah dalam era viral ni kalau petugas kerajaan mintak rasuah ke biadab ke semua laju nak viral/share & kutuk berbakul bakul. Time dapat layanan elok terima kasih pun tak.
Abah kau hijau!
Jadi untuk doctor, nurse dan makgad (pengawal wanita) wad 4C, saya terima kasih sebab jaga isteri saya, MasAyu Salleh dari hari pertama sampai hari terakhir kami di sini. Terutama kat kak Rahimah Rahu yang sampai kena tolak dengan salah seorang 'bapa' yang tak puas hati dek kerana ditegur duduk di atas katil pesakit.
Untuk petugas petugas dewan bersalin (terutama JM Syafika) yang tepat buat rutin checkup sepanjang 12 jam isteri saya dalam pemerhatian. Sesungguhnya saya kagum saat nampak mereka ni tertidur bertongkat siku di meja sebab standby. Itu belum kira kena tengking/herdik dengan ibu ibu yang grumpy akibat kesakitan.
Juga ucapan penghargaan pada petugas dewan bedah. Saya peratii je sorang doktor ni langsung tak berganjak dari sebelah isteri saya sepanjang proses dripping. Sampai habis sebotol la dia tunggu. Alah..kalau orang lain dah bukak CoC raid 6 7 kampung dah sementara nak habis.
Dan last skali untuk brader kat kaunter bayar bil. Sorry sebab datang nak bayar bil time azan Maghrib. Juga terharu dia bagitau dia berbuka kat meja itulah juga nanti.
Jadi untuk petugas petugas kesihatan Hospital Ampang dan lain lain (juga untuk semua petugas beruniform), ini penghargaan tertinggi dari saya untuk kamu semua. Saya tak malu mengaku saya bawa isteri bersalin kat hospital kerajaan kalau macam ni punya layanan kelas pertama.
Buat keyboard warrior yang suka buat generalisasi penjawat awam ni pemalas ka kerek ka or apa apa lagi, sila pergi ke hospital swasta hangpa dan buat vasectomy. Don't breed. Jangan kerana kebiadaban anda sendiri berhadapan dengan satu dua penjawat yang moody/keletihan, terus cakap macam macam yang menggambarkan semua tak berguna.
Respect!

KREDIT Shamril Wan

Tiada ulasan:
Write ulasan