Sabtu, 18 Jun 2016

Lari Ke Luar Negara Selepas Di Lempang Ayah Kandung

Assalamualaikum terima kasih admin atas approving story aku ni.

Aku sebenarnya anak kedua bongsu, tapi sebab adik bongsu aku meninggal masa kecik, jadi aku sekarang jadi anak bongsu. Adik beradik aku semua dah berkahwin, cuma tinggal aku je yang masih single.

Ceritanya bermula masa bulan puasa tahun lepas, aku memang tak sebulu dengan kakak aku. Sebab bagi dia, dalam family dia lah yang paling hebat, sebab ada master in law. Dia yang paling baik konon nya dalam family. Dan dialah yang paling ayah sayang. Sebab dulu dia nak apa2 ayah akan beli walaupun mahal sekalipun. Masa nak berbuka tu, aku selalu mengalah dengan dia. Dia nak makan duduk sebelah mak aku, masa tu dia belum kahwin. Aku pulak masa tu baru je habis praktikal, nak juga bermanja. Time nak makan, dia nak ambil lauk, dengan sengaja dia saja habiskan lauk tu, asam pedas ikan pari. Sebab ayah beli lauk pun dah nak habis. Padahal, aku dah lama nak makan lauk tu, sebab ayah beli kedai tu jauh dari rumah. Kakak aku memang sengaja cari pasal sebenarnya, sebab dia iri hati bila ayah belikan aku kereta untuk aku. Itu yang menjadi puncanya. Jadi, malam tu, aku tak makan pun nasi, lepas makan kurma aku terus solat then keluar rumah. Sebab malas nak bergaduh. So, aku lepak dengan kawan-kawan lagi bagus.

Aku upload gambar lepak dengan kawan-kawan, terus dia mengadu dekat mak yang aku buruk kan dia dekat kawan-kawan aku. Sebab aku lebih rapat dengan kawan-kawan aku dari rapat dengan adik-beradik sendiri. Malam tu, aku kena marah dengan mak dengan ayah. Aku tanya dekat mak ayah aku, aku ni sebenarnya anak angkat ke? Jawapan akak aku dengan yakin, ye kau tu anak pungut, nama bapak je sama. Sekali aku yang kena penampar dari ayah aku. Malam tu aku tekad, aku nak keluar rumah nak cari kerja dekat luar.

2 hari sebelum raya, aku keluar rumah. Aku dah siap-siap beli tiket ke luar negara. Ye, aku pergi ke luar negara. Sebab pengalaman aku dulu pernah praktikal di negara orang. Sekarang ni, dah nak dekat setahun aku berada dekat negara orang, aku tau mak ayah aku ada cari aku. Tapi, rasa sakit hati aku masih berbekas. Pernah diorang tanya kawan2 aku, aku cuma send gambar aku dekat angah aku, itu pun beberapa kali. Cuma angah aku je yang selalu pujuk aku suruh balik. Itu pun sebab ayah selalu sakit. Kata angah, mak aku pun kadang-kadang menangis rindu aku. Sebab mak aku rasa bersalah selalu lebihkan anak dia yang sorang tu.

Aku mungkin akan balik nanti bila aku dah rasa tenang. Mungkin aku ni dah jadi anak derhaka, tapi bila aku terbaca status kakak aku yang tu, aku rasa tak perlu lah aku balik dulu. Sebab bagi dia, dia dah menang untuk segalanya. Doakan raya ini, akan jadi raya yang terindah buat keluarga aku di Malaysia.

Salam perantau dari anakmu, maafkan saya mak.

Saya nak bagitau mak, yang saya rindu mak dan ayah. Tapi kerana ego, saya tak mampu.

Tiada ulasan:
Write ulasan