Selasa, 14 Jun 2016

Kisah 5 Tahun Lepas, Jadi Wali Tapi Tak Pernah Mandi Wajib

Aku nak luahkan sedikit masalah yang belaku pada Big Family Aku. Aku rasa xpernah lagi dalam Malaysia yang pernah belaku ... Cerita nya macam ini 5 tahun lepas, Sepupu aku kahwin.. Dia tak ada Ayah... Adik beradik dia semua perempuan..

So Pak Cik Aku jadikan wali. Sepanjangan Akad Nikah tu berjalan dengan  lancar. Aku bukanlah nak buka aib sebenarnya. Tapi korang kena jadikan cerita ini sebagai tauladan hidup korang... Selepas 5 Tahun, Pak Cik aku ini minta semua ahli keluarga berkumpul. Katanya ada perkara penting..

Masa jumpa pak cik aku ini, muka dia memang muram sedih . Tapi tak tahulah sebab apa... mula-mula dia minta maaf. Dia ulang2 ayat sama dan maaf tersebut di tujukan kepada sepupu aku. Rupanya dia tidak mandi wajib semasa akad nikah tu..

Lebih teruk, dia tak mandi wajib selama beberapa tahun sedangkan dia solat, puasa dan sebagainya. Tapi yang sedihnya sepupu aku tu. Dia pun keliru sebenarnya. Adakah akad nikah diaorang sah atau tak. Jika tak sah, selama ini diaorang laku zina. Dan anak tersebut bukan anak yang sah. Menangis sepupu aku tu..

Si suami jangan cakap lah. Sikit lagi Pak cik aku nyawa-nyawa ikan. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, diaorang akad nikah semula.

Tiada ulasan:
Write ulasan