Isnin, 20 Jun 2016

Kerat Kaki Nenek, Suspek Di Tahan



Pasir Mas: Remaja dipercayai mengerat kaki kiri warga emas dalam kejadian di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, semalam ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad depan dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izuddin Shukri terhadap lelaki berusia 19 tahun itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.



Terdahulu, suspek dibawa ke mahkamah pada 8.20 pagi dengan berpakaian lokap oren sebelum dibawa keluar pada 10 pagi tadi.

Harian Metro semalam melaporkan warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak remaja lelaki yang cuba menyamun rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, di sini petang semalam.

Difahamkan, suspek yang juga jiran sekampung mangsa menceroboh rumahnya dan meminta wang.

Bagaimanapun, dia mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang diminta.

Tiada ulasan:
Write ulasan