Selasa, 28 Jun 2016

Kerana Susu Ibu : Nur Sajat Cerita Punca Dirinya Lemah Batin,



Nur Sajat, mak yah yang menjadi popular di kalangan netizen satu ketika dahulu apabila beliau mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya kini tampil dengan satu kenyataan yang mengejutkan.

Menerusi laman Instagramnya, Nur Sajat yang kini memiliki syarikat produk kosmetik dan kecantikan, NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD mengejutkan netizen apabila beliau mendedahkan dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.

Nur Sajat dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak berkata kelahirannya itu telah memberi kejutan kepada kedua-dua ibu bapanya serta kakitangan hospital.

Hal ini kerana, beliau dilahirkan dengan dua jantina.

“Hospital lumut perak, di situ bermula lah sejarah ku bermula....pada jam 10.30am, ku dilahirkan.....doktor, nurse dan ayah ku terkejut dengan kelahiran ajaib ku...

“Aku (sajat) mempunyai 2 kemaluan...time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa,” tulis Sajat di laman Instagramnya.

Difahamkan, Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih gemar melakukan kerja-kerja seorang perempuan.

Nur Sajat menjelaskan situasi menjadi buruk apabila beliau mula takut untuk pergi ke sekolah dan rasa malu untuk masuk ke tandas kerana tidak mahu orang lain tahu akan dirinya itu.

Bagaimanapun, Nur Sajat berkata beliau bersyukur diberi rezeki yang halal dan dikurniakan dua anak angkat, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Menurut Nur Sajat, walaupun mereka bukan anak kandungnya, namun beliau tidak terlepas mencurahkan kasih sayang kepada mereka.






Sejarahku penuh liku liku kehidupan,dengan usia ku yang kini mencecah 31thn ini,aku amat bersyukur di beri rezeki yang halal dan diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan Muhammad syahmi,walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku,tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi..... Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985,ayah ku dahulu seorang tentera laut malaysia(Navy) dan mak ku seorang pembantu makmal,ku dilahirkan di hospital lumut perak,di situ bermula lah sejarah ku bermula....pada jam 10.30am,ku dilahirkan.....dokter,nurse dan ayah ku,terkejut dengan kelahiran ajaib ku...aku(sajat) mempunyai 2 kemaluan...time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa..... Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap... ORANG ORANG TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu batin nya akan lemah.... Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah tertulis tentang kehidupan ku.... Time tu ayah dan mak cuba membesarkan ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti wanita... Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2... Tapi time tu aku ingat benda ini semua nampak normal.... Masa aku nak masuk sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan...nanti orang kata aku cacat..sampai aku sanggup tahan kecing aku dari pagi sampai tengahari tau..biar lah aku melepas kat rumah...sampai lah satu tahap,aku kena batu karang dan kencing berdarah apa usia 6thn.. Kerana kerap tahan kencing... Kehidupan sebagai KHUNSA ini berbeza dengan orang normal...saya akan kongsi lagi cerita saya pada anda...CERITA TENTANG NUR SAJAT RAHSIA KELUARGA SAYA SELAMA INI...saya simpan selama 31thn..cukup2 lah anda diluar sana menghentam saya...😞


SEJARAH NUR SAJAT

 Mungkin sukar dipecayai yang Nur Sajat ini dilahirkan sebagai lelaki. Menurut Sajat Mak Nyah ini hanyalah satu nama. Baginya tak semua Mak Nyah kerja sebagai pelacur. Ada yang kerjaya sebagai model,peguam dan sebagainya..

Pada awalnya Sajat suka main makeup, memakai baju wanita kakaknya dan adiknya. Semasa mak sedang tidur, dia memakai kasut tumit tinggi milik maknya. Di Sekolah sajat kurang bersosial dan gemar bersendiri. naluri wanita kuat membuat Sajat menukar penampilan

Semasa berumur 14 Tahun di sekolah menengah, Sajat sudah mula memakan hormon. Disitulah pemulaan kehidupan baru Nur Sajat. Yang mula perasan adalah maknya sendiri.

bu sajat menasihati kepada Ibu-ibu diluar sana janganlah hina anak sendiri. Sokonglah mereka. Dan di akui, Ibu si sajat menyokong perubahan si Sajat . Dia tak mahu si sajat ini tak balik rumah bertahun-tahun hanya kerana Ibu bapa tidak dapat menerima perubahan dirinya. tambahannya lagi biarlah rupanya berubah asalkan hatinya tak berubah..

Baginya ayah si sajat, dia sentiasa mendoakan akan dapat anak soleh. tetapi bila dapat anak yang macam ini kita orang menerimanya. Bila di soal tentang perkahwinan, Si Sajat tak berkahwin kalau macam ini keadaannya. Ayah si sajat menasihati si sajat supaya jauhi fitnah.

Adik si sajat ini menyatakan abangnya tidak minta lahir bergini

"Sakit sebenarnya jadi macam ini. Bayangkan kalau diri saya ini wanita, tiba-tiba saya rasa yang saya lelaki. " kata adik si sajat



Sejarahku penuh liku liku kehidupan,dengan usia ku yang kini mencecah 31thn ini,aku amat bersyukur di beri rezeki yang halal dan diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan Muhammad syahmi,walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku,tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi..... Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985,ayah ku dahulu seorang tentera laut malaysia(Navy) dan mak ku seorang pembantu makmal,ku dilahirkan di hospital lumut perak,di situ bermula lah sejarah ku bermula....pada jam 10.30am,ku dilahirkan.....dokter,nurse dan ayah ku,terkejut dengan kelahiran ajaib ku...aku(sajat) mempunyai 2 kemaluan...time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa..... Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap... ORANG ORANG TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu batin nya akan lemah.... Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah tertulis tentang kehidupan ku.... Time tu ayah dan mak cuba membesarkan ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti wanita... Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2... Tapi time tu aku ingat benda ini semua nampak normal.... Masa aku nak masuk sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan...nanti orang kata aku cacat..sampai aku sanggup tahan kecing aku dari pagi sampai tengahari tau..biar lah aku melepas kat rumah...sampai lah satu tahap,aku kena batu karang dan kencing berdarah apa usia 6thn.. Kerana kerap tahan kencing... Kehidupan sebagai KHUNSA ini berbeza dengan orang normal...saya akan kongsi lagi cerita saya pada anda...CERITA TENTANG NUR SAJAT RAHSIA KELUARGA SAYA SELAMA INI...saya simpan selama 31thn..cukup2 lah anda diluar sana menghentam saya...😞

A photo posted by Nur Sajat (@nursajat02) on

Tiada ulasan:
Write ulasan