Kepala Hotak Dia! – Lelaki Ini Beri Amaran Kepada ‘Gangster’ Kutip Duit Parking Ikut Suka

Rasanya kes kutip duit parking sewenang-wenangnya ini bukanlah perkara baru. Lebih-lebih lagi jika berkunjung ke beberapa kawasan perniagaan seperti Uptown sekitar Lembah Klang.
Paling menghairankan, kawasan perumahan pun kena bayar juga duit parking? Siapa dalang disebalik perkara ini? Memang wajib bayar ke? Kalau tak bayar?

Senang-senang kutip duit

UPTOWN DANAU KOTA.
Bila ahli 3line berbaiah hendak perjuang agama, bangsa dan tanah air bertugas konon hendak mencari sesuap nasi. Turun ke tepi jalan, pakai nama ayahanda gangster tah kepala hotak mana. Pau orang melayu sama bangsa dengan dia duit parking. Orang lain nak cari duit raya, keluar modal besar, bersusah payah untuk berniaga dalam uptown. Dia pulak dengan senang lenangnya mengaku gangster besar dan collect duit parking di kawasan orang, untuk buat duit raya.
Paling win sekali, dia pau kita duit parking, lepas tu segala risiko untuk kereta,keselamatan kereta kita tanggungjawab sendiri. Dorang taknak bertanggungjawab langsung. Ini yang kita cakap, kepala hotak dia punya senang buat duit. Mat salleh cakap, “kepala bana”. Tanah yang tak bertuan ni, ic dia yang tah dari ceruk mana alamatnya ni dok jadi samseng pau duit parking. Yang ayahanda semua nak jaga periuk nasi punya pasal tutup mata buat-buat tak nampak dan tak tahu.
Ni aku nak cakap, orang taman yang duduk kawasan sekitar sini, kalau kena pau duit parking,kau jangan nak memandai-mandai bayar duit parking. Tunjuk ic kau dan siap tunjuk alamat rumah. Lepas tu minta ic orang yang pau duit parking tu.. suruh dia tunjuk mana alamat dia. Kalau dia kata ni arahan paduka ayahanda kepala bapak dia tu, kau cakap juga yang kau taknak bayar pun sebab ni arahan Paduka Kepala Bapak Berjambul Tuan Amir Danau yang bagi. Biar bersisik hati dia bila dengar kau sebut arahan tu.

Pakai modal gangster

Sedap dia nak buat duit macam tu dekat orang taman. Ni semua geng nak kena ludah dalam mulut. Bagi sampai tertelan sampai bersih hati. Dan kau orang-orang Taman, jangan penakut sangat. Dah jadi suami orang, bapak orang pun telur cepat kecut. Cakap No je. Bersatu sikit. Collect parking ni semua sumber haram, sistem piramid semua ni. Ponzi Scheme! Orang atas kaya, orang bawa yang kena aniaya. Ini belum lagi cerita bab flushing bonus, pairing bonus, sponsoring bonus. (Saja aku nak borak acah-acah orang anti MLM).Yang teruknya bisnes dah lah tanpa modal, lepas tu pakai modal sebagai gangster, pakai banggel besar, rambut kuning macam warna isi tembikai untuk kutip duit untung. Abah dia.
Apahal!
Tolong jangan keluarkan duit untuk bayar parking lagi kalau kau orang taman. Kalau dorang paksa-paksa lepas tu kereta kau jadi apa-apa, di calar kan ke, dia pecahkan ke, bagitau kita. Kita bagitau dia cara kurang ajar sikit nanti. Kita sebat bapak baiah berjambul dia dulu. Buat malu pertubuhan, baiah janji beriya macam panglima. Nak bela melayu konon. Last sekali kau sebat duit bangsa kau. Yang satu geng semua diam macam tertelan kunyit, macam mulut kena liwat. Biar geng sama bersumpah baiah ni makan duit haram pau anak bangsa yang nak beraya. Lepas tu bangga kau kira collection duit haram yang kau dah sebat. Kau ingat zaman najib ni semua orang senang dapat duit ke? Kau ingat semua orang main MLM ke senang dapat duit?

Jangan keluar sekupang pun!

Heyy kau ni, nasib baik aku dah telan balik air liur ni..
Untuk anak buah yang tolong buat kerja, dengar sini.. jangan rasa samseng sebab dapat kerja order dari bapak berbaiah korang tu untuk jaga parking. Takut nanti parking pula kena jaga korang kalau korang terus nak belagak King. Kang dah makan uppercut dekat tulang rusuk kiri korang nanti kang, sampai mampus tak jumpa jodoh. Tu belum cerita aku punya side kick. Tambah back hand lagi dekat tengkuk.
Tapi kalau aku dah betul-betul panas, memang muka tu aku double kick sambil lompat kijang. Aku scorpionkan kepala kau sampai abdomen kau senak. Biar beralkohol muka dengan abdomen kau kena dengan kaki aku. Ok part ni aku dah over sangat. Gambar bawah ni bukan gambar aku punya resit, aku save org punya gambar je. Kalau aku lah yang kena, bukan nak cakap besar lah. Bukan nak cakap aku ni gangster. Memang aku bagi terus semua duit aku lepas tu aku lari terus.
Salam teraweh!
Tolong pesan dengan orang taman, jangan keluar sekupang pun duit parking. Kalau takut, nanti biar aku pulak yang pau korang. PAU Korang tau, bukan diorang. Dan lagi satu aku nak pesan, korang jangan beriya nak bakar line dekat ruangan komen bawah ni. Sebab…..
Yang kena lipat nanti aku, bukan korang!!
Sumber : Amir Hamzah Abdul Hamid

0 comment... add one now