Khamis, 16 Jun 2016

'Kekasihku Rupa-Rupanya...'

THAILAND - Hancur remuk hati seorang lelaki apabila mendapati, kekasih mayanya adalah seorang lelaki berperwatakan perempuan. 

Hsiao Shun-Wen, 32, sanggup terbang dari jauh ke Thailand, untuk bertemu dengan kekasihnya itu. Namun terkejut bila mendapati kekasihnya itu adalah seorang lelaki dan tercetusnya pertengkaran di antara mereka. 
Berang dengan desakan lelaki itu, 'gadis' terbabit menumbuk muka Hsiao sebelum melarikan diri di dalam kegelapan malam.

Kakitangan hotel berhampiran yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi polis dan memaklumkan seorang pelancong cina telah diserang. 

Polis tiba di tempat kejadian dan menemui Hsiao dan dua orang rakannya di luar Bella Villa Hotel. Namun kedua-dua pihak tidak dapat berkomunikasi menyebabkan polis terpaksa mendapatkan bantuan seorang wanita tempatan yang fasih berbahasa mandarin. 

Tiada ulasan:
Write ulasan