Sabtu, 18 Jun 2016

Jelajah 60 Negara Dalam Masa 4 Tahun, Pemuda Kacak Ini Akhirnya Temui Islam

Korang mesti suka bercuti, kan? Dapat release tension sambil bersantai kat tepi pantai, ataupun dapat melawat ke tempat menarik di negara orang. Confirm best! Nak pulak kalau dapat bercuti ke negara empat musim macam Eropah, Turki dan sebagainya. Fuh, menarik!
Kali ni kami nak kongsikan kisah unik pasal seorang mat saleh ni. Dia dah mengembara ke 60 negara dalam masa 4 tahun dan akhirnya temui Islam. Jarang sekali kita dengar kisah macam ni, kan? Jom baca kisah menarik Michael Ruppert ni.

Impian sekali seumur hidup

4 tahun dulu dia membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan mengejar impiannya untuk menjelajah dunia. Antara negara yang telah dilawatinya ialah Turki, Indonesia, Albania dan Malaysia. Semuanya bermula sebagai sebuah ‘impian sekali seumur hidup’, dan setiap kembara dikongsi bersama rakan dan keluarga menerusi poskad.
Perkongsian itu akhirnya menjadi popular di kalangan rakan-rakan dan keluarga dan mereka pula meminta dikirimkan poskad. Dapat gambar dan poskad berupa pengalaman kembara seseorang memang buat kita kagum dan gembira, kan?

Inspirasi kepada yang lain

Biasalah bila mengembara, mestilah guna duit dan kelengkapan yang minima untuk mudah bergerak. Paling penting, memori dan kenangan yang takkan dilupakan sepanjang mengembara tu yang nak kita share dan tunjukkan pada orang lain.
Semangat Michael untuk mengembara dan berkongsi cerita bersama orang lain menjadi inspirasi buat ‘penaja’ lain yang mahukan dia terus menjelajah dan mengembara. Dia juga menyumbangkan dana atau derma yang diberikan kepada yang lebih memerlukan seperti di Zimbabwe dan juga institusi pendidikan seperti memberikan ceramah.

Bukanlah Muslim pada asalnya

Michael bukanlah Muslim pada asalnya. Ia mula mengenal Islam ketika bersama keluarga angkatnya yang mendorong dia untuk lebih mengenali Islam.
“Selepas tinggal bersama ramai keluarga Muslim di Malaysia dan Indonesia, timbul persoalan seperti apa yang mereka baca dalam Quran? Apa yang mereka buat di masjid? Apa yang mereka buat ketika bercuti? Keinginan untuk tahu itu mendorong saya kepada Islam.

‘Starring You’

Dia mula membuka page facebook Starring You setelah menerima pelbagai permintaan poskad daripada orang lain selain kawan dan keluarganya. Ia juga suatu peluang untuk dia berkongsi pengalaman dan pada setiap hentian di sesebuah negara dia juga mempelawa peminat untuk berdiskusi bersama.
Michael berharap semoga catatan pengembaraannya dapat dikongsi semua orang dan mengajak untuk saling mengenali dan mengetahui budaya dan adat masing-masing di setiap negara.

Tiada ulasan:
Write ulasan