Rabu, 29 Jun 2016

Jalaludin Hassan Kesal Dikatakan Meninggal Dunia

Pernah dikatakan telah meninggal dunia pada Oktober lalu, pelakon vateran, Jalaluddin Hassan sekali lagi berdepan dengan penyebaran berita palsu beliau yang kini tersebar di laman sosial. Keadaan itu membuatkan beliau merasa terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tak bertanggungjawab yang menyebarkan berita itu buat kali kedua.



“Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat. Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya,” katanya kepada portal Astro Awani berhubung perkara yang berlaku itu.

Memetik Berita Harian Online, pada awal Oktober tahun lalu, Jalal telah dikatakan menemui ajal sehingga beliau sendiri terkejut melihat berita kematiannya di laman sosial. Keadaan itu turut membuatkan beliau menerima beribu panggilan daripada keluarga dan rakan yang risau sebaik mendapat tahu mengenai berita palsu terbabit.

Dengan itu, Jalal menganggap tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan penyebaran berita palsu ini sebagai rendah budi pekertinya. Bagi Jalal, perkara ini benar-benar mengecewakan beliau kerana ia telah menyusahkan banyak pihak terutama keluarga dan teman rapatnya sehingga emosi mereka terganggu.

Tiada ulasan:
Write ulasan