Selasa, 14 Jun 2016

JAKIM Sahkan Mi Ramyeon Halal, Tiada DNA Babi

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa mi segera amyeon dari Korea tidak mempunyai bahan meragukan dan mempunyai sijil halal Persekutuan Muslim Korea (KMF).

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hab Halal JAKIM itu menjelaskan pengeluarnya patuh terhadap piawaian yang telah ditetapkan, malah pemantauan berkala turut dilaksanakan.

"Kenyataan ini diperkukuhkan lagi / turut diskong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana tiada DNA babi dikesan pada produk tersebut," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, JAKIM menasihatkan para pengguna tidak menyebarkan lagi maklumat palsu berkenaan. Sebarang keraguan, pengguna boleh menyemak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktirafkan di laman www.halal.gov.my atau melalui aplikasi  telefon pintar MyJakim.

Tiada ulasan:
Write ulasan