Rabu, 29 Jun 2016

Isi Minyak Sambil Guna Handphone, Wanita Melecur 60%

  Berita Premium       Rabu, 29 Jun 2016
KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 25 tahun melecur teruk akibat disambar api ketika dia sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak, hari ini, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen di Setapak Indah pada jam 1.25 tengah hari tadi, mangsa sedang mengisi minyak kereta Perodua Axia miliknya, sambil menggunakan telefon bimbit. 
Tindakan 'bijaknya' itu menyebabkan berlakunya percikan api dari pam berkenaan lalu menyambar telefon bimbitnya, sebelum membakar dirinya yang menyebabkan 60% bahagian badannya melecur. 

Mangsa segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Menurut sumber tidak rasmi, mangsa yang sedang mengisi minyak dipercayai terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya di dalam kereta. Lalu mangsa membuka pintu kereta dan menjawab panggilan telefon itu, menyebabkan letusan kecil berlaku.  
logoblog

Thanks for reading Isi Minyak Sambil Guna Handphone, Wanita Melecur 60%

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan