Rabu, 29 Jun 2016

Ida Nerita Dedah Pernah Diperli Ketika “Take Away” Makanan Kerana Tidak Boleh Berpuasa

Beberapa hari lepas, kecoh dengan isu dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Marym Lee yang ingin memperjuangkan hak wanita “uzur” untuk makan ditempat awam.


Mrym Lee menerusi akaun Facebook mendakwa kononya emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadhan.
Ini sekaligus mencetuskan kemarah rakyat Malaysia yang merasakan ia satu perkara yang mengarut dan bertentangan dengaan ajaran Islam. Malah, ia tidak manis untuk makan di khalayak ramai meskipun tidak boleh berpuasa. Ramai juga berpendapat ia akan mejatuhkan lagi imej wanita Islam.
Isu Marym Lee ini juga mendapat perhatian pelakon Ida Nerina dimana beliau akui tidak kisah jika ada individu lain makan dihadapan beliau tetapi ia tidak bermakna beliau menyokong perbuatan tersebut. Buat Ida ia dalah satu perkara yang memalukan.
Pada masa yang sama, Ida sempat berkongsi bahawa beliau pernah dihina dan diperli oleh  pekerja restoran makanan segera sebelum ini kerana membungkus makanan kerana tidak boleh berpuasa. Ida tidak makan di hadapan khalayak pun sudah disindir apatah lagi bagi mereka yang makan secara terang-terangan di hadapan umum?
Ida turut menasihati Marym Lee untuk memperjuangkan benda lain yang lebih bermanfaat.
Hmmmph, kadang-kadang orang kita ni suka sangat memperjuangkan sesuatu yang sudah tentu tidak masuk akal. Mahu menegakkan sesuatu yang tidak mempunyai faedahnya.
Tiada siapa larang Marym Lee untuk makan jika tidak berpuasa, tetapi hormatilah mereka disekeliling anda. Jangan jatuhkan maruah wanita Islam.
Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

Tiada ulasan:
Write ulasan