Ahad, 12 Jun 2016

Ibu Banyak Makan Hati Dengan Kakar Ipar, Layan Macam Orang Gaji

Hi guys, saya ada baca psl sis yg confess psl ibu mertua n ipar x guna tu. Rata2 komen mengatakan husband kne sediakan rumah utk isteri n xdigalakkan tinggal sekali dgn mertua right? I do agree since i pon dah kawen.. Now Alhamdulillah semua ok. Mudah2an perjalann perkahwinan kami ok. Mohon doa 😊

Sy ade seorg abg, satu2 lelaki dlm keluarga, n now dia lah yg jd ketua keluarga,. Ayah sy dah meninggal.. Saya n kakak dah berkahwin, seorg adik di u, dan lg seorg masih sekolah..

Abg sy dduk di rumah ibu bersama isteri & anknya Kerana rasa tanggungjawabnya terhadap ibu.sy dan kakak sudah bina keluarga sendiri & ikot suami masing2, cumanya lg 2 adik sy masih ditanggung abg sy.. Termasuk ibu saya,.

Mujur kakak ipar mengikut sahaja, tp sy paham perasaan tu sbb sy dah berkeluarga juga.. Tp itu lah, rzeki masing2 berbeza kn, walaupon kakak ipar dirumah ibu, tp ibu layan dia baik je, mcm ank sendiri cuma kdg2 ibu ngadu,
Ibu lah yg cuci baju dia anak beranak, sidai, angkat & lipat, masak utk mereka, kemas2 rumah. Smpai sy sendiri nampak ibu dah mcm org gaji kat rumah sendiri..Sedih saya.

Ibu selalu ngadu kata biarlah abg pindah keluar, ibu pon byk makan hati dgn kakak ipar..tp.. Xkn kami nk biar ibu sendirian mngurus adik sekolah, hantar dan ambil.. Kesian ibu.. Tp pd pndgn saya, kakak ipar juga makan hati kerana terpksa dduk rumah ibu.. Tp dia bukan kena dera atau apa2 pon. Huhu

Abg sy kerja, ambil alih perniagaan arwah ayah,tggung adik sy lg 2org dan ibu, huhu. Pastu, abg sy juga tanggung keluarga kakak ipar, ibu ayah nya x bkerja, jaga nenek pula,adik beradik nya sorg x bkerja juga dan lg 2org masih bersekolah, byrkn kereta dan rumah lg. Byk kn tggungan abg sy? Doakn dia kawan2.. Semoga bertambah2 rzekinyaa. Aminn

Abg sy mainkn peranannya sebaik mgkin. Saya paham kdg nmpk dia tersepit, tp dia tatau pon bini dia pemalas sbb kalau dia balik rumah dr kerja, kakak ipar akan acah2 rajin.. Ibu sy diamkan aje oh.. Abg akn beli segala2 mende yg kakak ipar nak sbb pd abg, kesian kakak ipar sbb berkorban jiwa raga utk dduk dirumah ibu. Yg itu kami adik beradik lgsung x kisah. Itu hak mereka. Ibu pon x ambil tahu.. Tp pd sy, abg sy pon dah buat too much utk isterinya & keluarga isterinya.kan? Ke x? Hmm kesian abg sy.. 😔

So kat sini sy nk tanya, relevankah keadaan mcm ni utk abg pindah, bina hidup dgn isteri n anak di rumah sendiri, sdg ibu, dah tua, kne ngurus adik yg masih sekolah,.. Tergamakkah anak2 lelaki yg sama situasi dgn abg sy (lelaki tunggal) tinggalkn ibu sendirian? Dgn rumah ibu yg beberapa kali cubaan pecah rumah berlaku. Tinggal Ibu dgn adik perempuan je berdua di rumah.. ? Bukankah tempat isteri itu disisi suaminya? Cube bg pendapat..

Walaupon ibu selalu ckp, biarlah abg pindahh, ibu boleh je urus rumah sendiri n jaga adik.,sy ajk ibu tinggal dgn sy di KL, tp ibu xnak.. saya tahu ibu sedih sebenarnya, tp ibu sendiri pon makan hati dgn kakak ipar. Ibu kan dah tua, hati org tua ni sensitif tauu.kat mana lg nk menumpang kasih kalau bukan kat anak2 kn? Mcmana ya nk buat?

Kalaulah ayah masih ada…

Tiada ulasan:
Write ulasan