Ahad, 19 Jun 2016

Ibu Anjing Ditembak Kejam Bangkit Rasa Marah Netizen

Makin lama, manusia ni jadi makin kejam lebih-lebih lagi terhadap haiwan. Kalau tak suka dengan anjing, tak semestinya kita boleh bunuh sesuka hati sebab dia pun makhluk Allah jugak, kan? Kita tak ada hak nak bunuh macam tu je atas alasan anjing binatang yang HARAM dipegang.
Baru-baru ni, viral di laman sosial tentang kematian seekor anjing betina yang ditembak dengan kejam di Muar, Johor. Tak berhati perut betul siapa yang buat tu! Apalah sangat salah anjing tu sampai nak ditembak dengan kejam? Esok, dekat akhirat jawablah sendiri dengan Tuhan!

Ditembak kejam

Kejadian kejam ini berlaku di Taman Junid Perdana, Muar, Johor. Menurut laporan, ibu anjing ini ditembak mati ketika sedang mencari makanan untuk 5 ekor anaknya yang lapar. Ditembak dan dibiarkan di jalanan oleh manusia yang tak berhati perut! Apalah agaknya salah ibu anjing ni sampai kita nak tembak dia sesuka hati? Dahlah ada anak yang perlu disusukan lagi. Haish!

Hari ni anjing, esok lusa mungkin manusia pulak!

Kesian ibu anjing ni, yang tak tahu apa salah dan silap. Haiwan mana ada akal, dan kita sebagai manusia ni pulak kenalah ada sifat bertimbang rasa dan rasional. Kalau anjing tu jenis anjing gila, menyerang, barulah tindakan boleh diambil. Ini tak, main tembak sesuka hati je. Hari ni kita senang-senang je tembak anjing. Esok lusa mungkin dah seronok nak tembak manusia pulak, kan? Makin lama manusia makin hilang akal!

Netizen luah rasa marah


Kami kongsikan reaksi netizen yang memberi komentar di status tersebut. Rata-rata marah dan kecewa dengan sikap manusia yang tak berhati perut tu!

Tiada ulasan:
Write ulasan