Ahad, 12 Jun 2016

Hanya Mampu Redha & Teruskan Senyuman di Bibir

Assalammualaikum.

Bagi saya, Ramadhan kali ni terasa lebih bermakna dan berbanding yang sebelumnya. Kenapa? Sebab saya seorang manusia terpilih yang diberi peringatan oleh Allah bahawa ajal maut itu tidak mengenal usia. Selama ni saya hidup dalam kesenangan dan kebahagiaan. Semua benda yang saya nak, saya dapat. Alhamdulillah untuk semuanya. Tapi…

Tahun lepas, saya disahkan menghidap kanser dan terpaksa tangguh pengajian untuk jalani rawatan. Walaupun saya berasa sangat bersyukur sebab kanser saya masih belum sampai ke tahap yang kritikal, tapi hati saya hancur luluh. Saya rasa dunia saya gelap. Selama ni saya rasa saya lah orang yang paling bertuah, tapi sekarang saya rasa saya lah orang yang paling malang. Nevertheless, saya redha dengan ketentuan Allah dan sabar melalui setiap detik rawatan chemotherapy…

Sebelum tu (sewaktu saya sihat), saya pernah ada crush. Rezeki saya agaknya, Allah buatkan hati dia pon tertarik dekat saya. So, kami pon berkenalan sampai jadi kawan rapat. Saya rasa sangat gembira waktu tu sebab dia memang lelaki idaman saya– handsome, baik, gentleman, medic student. Sedangkan saya ni gadis yang biasa-biasa je. Alhamdulillah, saya rasa dialah antara anugerah yang paling berharga dalam hidup saya. He was my best friend, my companion, my listener, my strength when i feel weak and my inspiration to do the best in my study. Kami suka sama suka tapi tak pernah declare sebagai couple. Kami duduk negeri lain-lain. Setiap kali saya pergi ke tempat dia kami akan berjumpa, dengan ditemani kedua orang tua saya.

Bila saya dah sakit, saya beritahu dia dan Alhmadulillah selepas tu dia masih di sisi saya, malah kami semakin rapat. Dia lah sumber kekuatan saya selain daripada family. Dia bertanya khabar saya setiap hari dan selalu buat saya happy bila saya rasa down. Walaupun saya selalu rasa sunyi sebab jarang dapat jumpa kawan-kawan yang lain, saya masih mampu untuk senyum dan ketawa sebab dia ada. Sampaikan kawan saya pon cakap, mungkin dialah jodoh saya.

Tapi tu semua tak berkekalan. Mungkin Allah nak tunjuk apa yang kawan saya cakap tu tak betul. Entah kenapa, sampai satu hari, dia berhenti tanya khabar. Selepas 2-3 minggu tak bertegur sapa saya pon tanya kenapa, dia cakap sibuk & stress dengan study. Saya cuba memahami. Beberapa bulan berlalu, dan dia langsung tak tanya khabar saya. Tapi status whatsappnya selalu bertukar-tukar. Seolah-olah gembira dengan seseorang, tapi bukan saya.

Instinct saya kuat mengatakan bahawa dia dah jumpa orang lain dan dah tak suka dekat saya. Pada mulanya saya sangat sedih sebab tak sangka dia sanggup buat macam ni dekat saya. Saya ingatkan dia akan lebih supportive, lebih memahami keadaan saya berbanding orang lain sebab dia seorang bakal doktor. Tapi seorang bakal doktor pon mesti nak bercinta dengan orang sihat, kan? Jadi saya redha dan saya pon tak salahkan dia. Dia berhak buat pilihan terbaik untuk diri dia sendiri.

Bila saya fikir balik, ini silap saya sendiri sebab meletakkan harapan dekat manusia, bukan Allah. Saya mengharapkan kekuatan daripada dia, sedangkan yang menciptakan kekuatan itu Allah. Kadang-kala, walaupun rasa sunyi & rindu saya bersyukur sebab Allah jauhkan dia daripada saya. Agaknya, Allah nak jaga kesucian hati saya daripada dinodai lelaki ajnabi.

Pada saat saya menulis confession ni saya berada dalam rawatan chemotherapy saya yang terakhir sebelum menjalani scan untuk melihat sejauh mana kesembuhan saya. Kalau saya sembuh, in shaa Allah saya akan teruskan study bulan 9 ni. Korang semua doakan saya, okay?

– N

Tiada ulasan:
Write ulasan