Isnin, 13 Jun 2016

Hanya Beli BMW Selepas Miliki 13 Rumah, Teguran Sinis Lelaki Ini Terhadap Netizen

Sejak pelancaran sebuah model kereta baru oleh pengeluar kereta terkemuka dari Jepun beberapa hari lalu, orang ramai nampaknya tak senang duduk dan mengimpikan untuk memilikinya satu hari nanti.
Tapi harga boleh tahan, bermula dari RM113,000! Untuk mereka yang bergaji tinggi mungkin mampu beli. Kita yang gaji kecil ni berbaloi ke beli kereta mahal macam tu? Bayaran bulanan separuh dari gaji?
Lelaki ini kongsi pengalaman hidupnya. Boleh memiliki kereta mewah tapi ada caranya.

Beli jela, ini manfaatnya


KECOH PASAL KERETA SIVIK BARU.
Salam semua, dua-tiga hari sibuk orang bercerita mengenai kehebatan kereta Conda Sivik yang baru dan bagaimana orang yang bergaji RM3500 pun boleh beli kereta tu yang berharga RM130,000.
Kalau gaji RM3500 dan rasa nak beli, beli je. Saya pun dulu waktu gaji RM3000 pun teringin nak beli satu, tapi tak sanggup nak korbankan masa depan demi sebuah kereta. Tapi saya rasa ada banyak postif yang boleh mereka dapat bila mereka beli kereta ini :
1. Raya 2016 ni nampak bergaya hebat.
2.Tahun depan kereta Sivik ni dah kurang hebat so lebih baik beli tahun ni sementara tgh hot.
3. Mana kelas nak pergi showroom hartanah bawak kereta cikai. Kena bawak kereta baru yg bergaya supaya nampak lebih yakin bila nak menghujahkan harga rumah tak masuk akal. Ye la duitkan dah habis kat kereta.
4. Kereta ini boleh menggembirakan hati, hati pasangan, dan bakal mentua serta ibu bapa. Mereka pasti akan tolong bayarkan kereta tu tiap taip bulan kan bila kita tak berduit?
5. Boleh upload di FB berkongsi kejayaan dgn member member. Mesti dapat beratus like punya dan pelbagai ucapan tahniah.
6. Boleh tunjuk kat awek yg dulu reject kita yang mereka buat kesilapan bila reject kita sbb kereta tak lawa. Dan lebih mudah utk dapat cinta palsu dari awek yang suka kereta lawa.
7. Bagus utk kuruskan badan sbb hari hari kena makan roti kosong dan air kosong. “Makanan” utk kereta lebih penting dari makanan kita kan?
8. Boleh merapatkan diri dgn Tuhan sbb hari hari doakan jgn la kereta accident atau rosak. Dan nampak bergaya sikit bile nak pegi sembahyang raya nanti.
9. Boleh berjimat lebih sbb kawan kawan mesti “tak” akan ajak keluar jalan jalan nak naik kereta baru.
10. Gaya power tahun ni sgt berbaloi untuk kita menghambakan diri bayar loan 9 tahun.

Beli BMW lepas rumah ke-13

Kita kena sokong orang yg nak beli kereta awal awal. Jangan jadi macam saya. Orang bodoh mcm saya yang beli kereta lambat :
– Beli kereta pertama BMW lepas beli rumah ke-13.
– beli kereta ke 2 BMW juga lepas rumah ke 24.
– beli Porsche lepas beli rumah ke 40.
– Semua kereta yang saya beli, semuanya dibayar oleh penyewa saya atau dari keuntungan pelaburan/ syarikat
– Semua kereta yang dibeli, saya pastikan ansuran tak melebihi 10% dari pendapatan bulanan saya atau syarikat.
Saya hanya beli kereta mahal sebab ada kepeluan perniagaan sahaja. Isteri saya bawa kereta honda City tahun 2001 utk keluarga. Sewaktu saya bekerja dgn pendapatan 5-angka, saya pergi kerja naik motor. Rasa tak mampu nak pakai kereta hari hari dan boleh jimat banyak, dan saya laburkan balik simpanan dalam pelaburan hartanah.

Beli tapi dibayar orang lain

Kalau nak rasa pakai kereta mewah dan suruh orang/syarikat bayarkan, kena bersabar. Saya tunggu 5 tahun sahaja, bukannya lama sgt. Labur elok elok, pedulikanapa yang orang lain nak cakap. Kalau saya beli Civic dulu waktu umur saya 25 tahun, saya takkan dapat apa yang saya ada skrg. Semua kereta yang saya sedang pakai dan bakal dibeli insyaAllah akan dibayar oleh orang lain, bukan saya. Bagi saya ini paling best sbb apa saya nak beli, akan dibayar oleh orang lain melalui pelaburan pelaburan saya.
Beli kereta pakai duit sendiri, semua orang boleh buat. Beli kereta tanpa pakai duit kita, adalah skill yang ramai tak tahu buat. Sapa yang tahu buat akan boleh beli apa sahaja yang mereka mahu, tanpa had. Pilihan di tangan anda ?
Sumber : Faizul Ridzuan

Tiada ulasan:
Write ulasan