Selasa, 21 Jun 2016

Habis Saja SPM, Biarkan Anak Jadi Kuli

Ramai anak-anak manja yang baru grad kata, "Is it possible??". Tetapi untuk anak orang miskin seperti saya, "Yes! Ini possible!". Jangan pandang nombor (umur), pandang pada pengalaman. Hari ini saya nak mengajar anda bagaimana anda boleh gain experience yang banyak pada umur yang muda. 

MULA SELEPAS SPM

Adik, kalau selepas SPM duduk terperap di rumah, memang rugi. Ada juga ibu bapa yang tidak mengizinkan anak kerja sebab, "Aku mampu bagi anak aku makan,".

Hakikatnya, tuan dan puan telah memusnahkan pengalaman dan pengajaran yang anak bakal perolehi. Biarkan mereka pergi menimba pengalaman dengan bekerja. Bagi mereka merasa menjadi kuli. 

Saya cadangkan, adik-adik semua pergilah bekerja sebagai cashier di restoran makanan segera seperti KFC, McDonald, Subway atau apa saja. Rata-rata sesiapa yang pernah kerja restoran makanan segera, selepas itu masuk Uni semua berjaya sekarang. Kenapa?

1. Able to handle people and own stress. Sebab awak akan belajar deal dengan manusia dan bagaimana menanganinya. Oh ya, belajar menangani manusia yang lapar. Manusia yang lapar adalah manusia yang kurang sabar. Di restoran makanan segera anda akan jumpa pelbagai jenis manusia dan bangsa. Selain perlu bersabar dengan perangai manusia, bersabar juga dengan perangai manager yang mahukan pekerjanya mengikut prosedur yang betul yang sangat menjengkelkan. Contoh: layan customer yang memesan 3 dinner plate KFC dalam masa 60 saat. 

2. Improve communication skills. Anda akan automatic pandai cakap bahasa melayu dan english dengan jayanya. Di samping anda perlu belajar sedikit bahasa cina, india dan arab untuk pelanggan warga asing yang tidak mahu berkomunikasi dalam bahasa english. 

3. Belajar untuk menjadi jujur dan tersangat teliti. Yes, jadi cashier, anda perlu memegang duit beribu dalam masa 30 minit sewaktu peak hour. Anda perlu memastikan duit yang dipegang dan baki yang diserahkan kembali kepada pelanggan adalah tepat dan tidak lebih/kurang. Belum lagi cerita tentang duit shot dan anda perlu bayar balik kerugian itu. 
4. Bersyukur. Anda akan mendapat gaji yang sedikit. Serius tidak setanding dengan kepenatan yang dialami. Tetapi anda akan mendapat pengalaman berharaga yang anda tidak akan lupakan dan betul-betul akan membantu anda bila anda bekerja selepas habis belajar. 

Selepas berjaya masuk ke Uni, belajarlah buat business/dropship. Sedikit sebanyak pengalaman anda di restoran makanan segera akan mengajar anda bagaimana handle customer. Business anda akan ada duit sedikit sebanyak untuk menampung perbelanjaan di Uni nanti.

Boleh juga sambil belajar, bila habis kelas, jadi guru tuisyen pada weekend. Boleh beli aset seperti scooter atau kereta terpakai untuk memudahkan pergerakan. 

Semasa cuti sem, jangan melepak! Cari kerja part time. Tukarlah angin di mana-mana untuk menambah pengalaman dan jangan expect nak kerja di pejabat sahaja. Kalau semasa saya asasi ke degree, saya estimate ada 8 kali cuti sem. Setiap sem tukar-tukarlah angin untuk dapatkan pengalaman. Carilah kerja di supermarket, butik, kedai makan dan macam-macam kerja ada. Kalau 8 kali cuti sem, 8 tempat kerja berbeza, dah boleh dapat pengalaman bekerja. 

Total kerja before asasi: 1 kerja + total kerja masa asasi: 2 kerja + total kerja masa degree: 6 kerja + tambah business: 1 kerja + practical training: 1 kerja

Total: 11 kerja. 

Nah! Banyak experience kan? Selepas itu kalau majikan bertanya kenapa asyik tukar-tukar kerja, beritahulah yang anda mahu menimba pengalaman bekerja lain walaupun majikan yang lain memanggil anda kembali bekerja dengan mereka semua tetapi anda memilih untuk menambahkan lagi pengalaman bekerja di tempat lain. 

Selepas degree terus jadi boss kecil. Hahaha! (not everyonelah tetapi most probaly yes). Anda akan ada degree with full of experience. Walaupun bukan experience in professional line. Tapi once dah jadi orang atas, anda tidak akan melupakan bila suatu ketika pernah berada di bawah. - Abang Sadow

Tiada ulasan:
Write ulasan