fobia dengan kakak ipar

Assalammualaikum..

Semoga confession ini diterima. Just nak luahkan apa yg terpendam selama ini. Aku dan suami berasal dari dua negeri berbeza dan mempunyai adat berbeza. Dari segi makanan, perkahwinan dan segala serbi lah. Namun kami menerima segalanya dengan rela hati. Dan masing2 suka walaupun berlainan.

Aku kenal suami aku dah lama. Semasa mula belajar di ipt lagi. Habis belajar kami terus kahwin. Tapi bukan pasal kami aku nak ceritakan tapi ipar duai. Perkara yang bukan kali pertama terjadi dan aku tak nak kerana hal ini kami bermasam muka.

Dari sebelum berkahwin, bakal kakak ipar telah mula bermasam muka pada benda yang bukan salah aku..Namun segalanya kmbali seperti biasa.. sampailah aku dah berkahwin.. bukan sekali malah berkali2. Dia menuduh bahawa semuanya dari aku dan seolah2 aku yang menghasut suami aku untuk kedekut segala benda. ALLAH.. kadang2 aku menangis sendirian mengenangkan nasib… aku yang tak tahu apa2 seringkali disalah erti dan dibenci.

Terlalu banyak pengorbanan yang telah aku lakukan hingga kadang2 terpaksa ketepikan hati ibu bapa dan kakak2 aku demi mementingkan hati dia Dan mertua. Alhamdulillah, mertua aku amat baik dengan aku. Cuma kakak ipar yang membuatkan aku jadi kurang selesa setiap kali pulang ke rumah mertua. Aku jadi takut, fobia. Aku sangat takut sampaikan terbayang muka dia aku dah mengeletar. Aku dah penat. Aku cuba menjaga hati dia sebaik mungkin dan mungkin sebab aku dari negeri luar, dia tak dapat menerima. Sungguh. DEMI ALLAH aku fobia untuk berdepan dengan dia.. kakak ipar yang selama ini amat aku sayangi namun telah menjadi orang yang aku paling takut atau FOBIA.

Alhamdulillah.. aku mendapat suami yang amat2 memahami isterinya. Dia masih utamakan ibunya namun dia mendahulukan aku dari adk beradiknya. Seperti yang disuruh dalam Islam. Kadang2 mereka lupa, setiap keputusan, keizinan hanyalah dari SUAMI. kadang2 aku hanya beri pendapat dan suamilah yang menentukan segalanya.

Tapi semua tu seringkali di salah erti. Selalunya suami akan sentiasa sebelahkan aku kerana akulah yang banyak berkorban dari zaman belajar hinggalah sekarang. aku yang banyak membantu dia. Dari segi kewangan hinggalah sokongan. Kakak dia? Hanya tahu membebel seolah2 kami tidak tahu cara menjaga anak, tidak tahu cara menguruskan kehidupan.

Kami tidak mewah dalam berbelanja. Kami mengamalkan konsep berjimat cermat. Tidak boros. Mungkin kadang2 mereka melihat kami makan di tempat mewah, barangan baby yang lengkap tapi semua tu dari titik peluh kami. Allah memberi kesenangan dan kecukupan dalam kami mencari rezeki dan banyak dibantu oleh keluargaku sendiri. Alhamdulillah.. disebabkan itu, suami lebih menghargai aku dan keluargaku.

Hingga sekarang di bulan puasa yang mulia ini kami masih bermasam muka. Aku terima andai dia memohon maaf namun aku terlalu takut untuk berdepan dengannya. Sungguh. Bukan hanya takut tapi fobia. Suami selalu berpesan, utamakan dan pentingkan hati perasaan dia. Abaikan yang lain apabila dia tengok aku mula kemurungan. Aku sematkan dan tanamkan kata2 dia didalam hati..

Namun aku gagal. Aku teramat sedih diperlakukan sebegini oleh kakak ipar dan dingin dengan adk ipar. Aku tidak tahu dimana salah aku kerana aku telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Hanya yang TERBAIK. aku sambut mereka datang kerumah. Aku beri yang terbaik walaupun aku dan suami hanya makan telur selama seminggu selepas itu.. aku tak kisah kerana yang penting kegembiraan adk2 ipar aku kerana aku teramat sayangkan mereka.

Duit.. isu yang sangat sensitif. Tolonglah memahami keadaan kami. Kami tidak berbelanja yang bukan2. Hidup kami tak semewah dan sekaya yang disngka. Kami membantu apa yang termampu. Bukan KEDEKUT. Sama sekali tidak tapi kami baru nak hidup. cuma keuntungan kami tidak terikat dengan Hutang. Aku dan suami tidak akan berhutang walau sesusah mana hinggalah ibu bapaku sendiri yang rela hati membantu kerana ibu dan ayahku sentiasa memantau kehidupan ku. Alhamdulillah..

Satu inginku pesan, andai ingin berkahwin, selidiklah dulu perangai ahli keluarga pasangan. Aku boleh menerima kerana aku sudah tahu perangai kakak ipar dari sebelum berkahwin kerana suamiku telah menceritakan semuanya. Suka mencari gaduh, merasakan dirinya yang serba serbi sempurna, terbaik namun dia lupa yang orang tidak mnyukainya. Aku telah alaminya sendiri. Dan suamiku sentiasa menyebelahi aku. Alhamdulillah.

Andai telah bersuami, ceritakanlah semuanya sebelum orang lain memfitnah diri kita dahulu. Seperti aku, apa yg aku rasa, apa yang terjadi suamilah tempat aku luahkan semua.

Semoga kisah aku dapat memberi pengajaran kepada korang.

Assalammualaikum.

– tun teja

0 comment... add one now