Rabu, 29 Jun 2016

Eksekutif Parah Terkena 5 Das Tembakan

  Berita Premium       Rabu, 29 Jun 2016
KUALA LUMPUR - Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima das tembakan dari jarak dekat di lebuhraya Sungai Besi,  8.40 pagi tadi. 

Lapor Harian Metro, mangsa, berusia 40 tahun yang sedang memandu ke tempat kerjanya di Damansara, Selangor, didatangi oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal dan melepaskan 6 das tembakan. 
Dua daripada tembakan itu terkena pada tangan kanan mangsa, dua lagi di bahagian leher dan satu lagi di bahagian dada. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadian itu dan motif kejadian sedang disiasat. 

Mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.
logoblog

Thanks for reading Eksekutif Parah Terkena 5 Das Tembakan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan