Ahad, 12 Jun 2016

Dollah Kok Lanas Meninggal Dunia Pada Usia 83 Tahun

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik Tun Razak Hussein yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas (DKL) meninggal dunia pada jam 1.40 petang Ahad.

Beliau berusia 83 tahun.

Menurut Sinar Harian, beliau yang menderita sakit kanser sejak setahun lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Allahyarham pernah menjadi ahli parlimen dan timbalan menteri yang pertama di Jabatan Perdana Menteri ketika era Tun Razak.

Bagaimanapun Allahyarham lebih dikenali sebagai salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dikaitkan dengan anasir komunis ketika era Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.

Beliau meringkuk di Kamunting selama lima tahun.

Tiada ulasan:
Write ulasan