Dibiar Heret Motor Tengah Malam, Lelaki Ini Rela Jadi Loner Daripada Ada Kawan Macam ‘Sampah’

Semakin dewasa, lingkungan sahabat kita semakin kecil. Susah nak cari ‘kawan susah senang’. Waktu paling tepat nak uji nilai persahabatan adalah ketika ditimpa kesusahan. Jangan mengaku kita ‘kawan baik’ seseorang kalau tak pernah tolong waktu dia betul-betul susah dan perlukan bantuan.
Ya, kawan memang penting dan buat hidup kita lebih berwarna-warni. Namun, ada sebab kenapa kita tak boleh lebihkan kawan daripada keluarga. Contohnya macam apa yang terjadi kepada lelaki ini. Ujarnya dia lebih rela jadi loner daripada ada kawan yang macam ‘sampah’. Kenapa sampai macam tu sekali?

Sorang Pun Tak Boleh Tolong!


Bagi aku, kawan sekarang hanya menumpang kesenangan, cari bila susah dan campak bila senang. Kenapa aku cakap macam tu, sebabnya ada di bawah.
Aku bawa motor kat universiti ni sejak first year lagi, senang nak ulang alik ke kelas dan pergi kerja part time. Aku kerja part time kat Starbucks. Satu malam tu nasib aku tak berapa nak baik, tayar motor aku pancit waktu nak balik. Dekat area depan sikit dari Alamanda. Masa tu lebih kurang pukul 11.30 malam. Apa lagi, aku call lah kawan sekelas aku, aku call kawan kolej aku, aku call kawan yang belajar dengan aku waktu nak final exam dan aku call kawan semasa aku buat LAX (subjek wajib ambil di UPM). Tapi aku kecewa sangat-sangat, KECEWA. Seorang pun tak boleh nak tolong aku, datang ambil aku masa tu.

Heret Motor Macam Orang Gila!


Malam-malam aku rasa dah tak ada yang buat servis tukar tiub, lagipun aku baru first year, tak tahu lagi selok belok kat KL@Selangor@Putrajaya ni dan aku orang Johor. Aku call kawan, banyak bagi alasan, nak main PES la, tengah lepak mamak lah, tengah OTP lah, nak tidur lah, habis aku tidur kat tepi jalan? Macam tu? APA LAGI.. terpaksa aku heret motor aku, Macam orang gila malam-malam. Ada je yang lalu kat situ, aku lambai-lambai tapi buat tak tahu je. Sakit hati. Alhamdulillah, sampai berhampiran Hospital Serdang, ada seorang abang ni bagi aku tumpang kereta dia. Tamat ‘larian kampus’ aku malam tu. Motor aku tinggal je kat situ, esoknya baru pergi check balik motor tu.

‘Brotherhood’ Atau ‘Sampah’?

So, mana kawan-kawan yang sangat-sangat aku ‘sanjung’ selama ni? Kalau setakat minta tolong macam tu dah tak boleh. Brotherhood lah apa lah. Mana? Now, aku dah final year, Dari first year sampai final year, aku minta maaf kalau aku tak balas WhatsApp, angkat call, tak bercakap dengan korang dekat kelas sebab aku dah tak anggap korang kawan-kawan aku lagi. Aku rela jadi Lone Ranger dari ada kawan-kawan yang macam sampah. Aku boleh MOVE ON tanpa ada kawan-kawan SAMPAH. Aku repeat, SAMPAH. Kalau kau kawan aku, kau tak akan biarkan aku malam tu. Aku dah jarang lepak sekali. Aku hanya ada mak ayah aku, adik beradik aku sahaja yang boleh diharap.
Kawan kalau beribu pun, tak boleh minta tolong waktu susah, tak guna jugak. Sekian.
Sumber: Putra Confession

0 comment... add one now