Rabu, 15 Jun 2016

Dia (Azrel Ismail) Tak Pernah Ambil Kesempatan - Ruhainies

Sudah beberapa kali bergandingan bersama, ada sesetengah pihak mendakwa wujudnya cinta lokasi antara dua orang pelakon baharu iaitu Ruhainies dan Azrel Ismail. Jika anda tertanya siapakah Azrel, beliau terkenal menerusi watak Dr Haris didalam drama Syurga Nur lakonan bersama Janna Nick.

Berbalik pada gosip cinta berkenaan, katanya Ruhainies dan Azrel mula rapat sejak setahun yang lalu dan mereka berdua kelihatan akrab dan mesra bersama.
Namun, Ruhainies menerusi portal BH ONLINE menjelaskan berita itu tidak benar dan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.
Cerita kami bercinta tidak benar sama sekali kerana kami hanya rapat sebagai kawan baik. Sejak dipertemukan dalam drama Si Montel, kami kerap bertanya khabar atau berkongsi cerita menerusi telefon. Memang tidak berjumpa pun kerana masing-masing sibuk. Sebenarnya kami memang serasi berkawan apatah lagi Azrel banyak pengalaman yang boleh dikongsikan.

Malah, Ruhainies menyifatkan Azrel sebagai seorang kawan yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya. Azrel juga seorang yang periang dan tidak mudah untuk marah.
Dia kawan yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan membuatkan saya menyenanginya. Soal lebih daripada kawan itu memang saya tidak pernah terfikir langsung.
Azrel seorang yang periang dan jarang menunjukkan marah walaupun berdepan situasi kurang menyenangkan. Kesabarannya membuatkan saya cukup hormat padanya.

Setiap percintaan pasti bermula daripada persahabatan, tiada siapa tahu siapakah jodoh kita yang sebenar. Kalau mereka berdua bercinta pun agak sesuai sebenarnya. Azrel pun ada rupa dan ada yang samakan beliau dengan aktor Remy Ishak lagi.. Hehe..

Tiada ulasan:
Write ulasan