Sabtu, 25 Jun 2016

Dari Pelakon, Ruminah Sidek Kini Jadi Penoreh Getah

SELEPAS mendirikan rumah tangga, sudah jarang kita lihat pelakon veteran Ruminah Sidek muncul dalam kaca televisyen.

Berkongsi kehidupannya kini, Ruminah atau lebih dikenali Mak Mah rupa-rupanya selain bergelar pelakon dia kini menjadi penoreh getah sejak dua tahun lalu.Ruminah Sidek
Menurut Mak Mah, 72, awalnya dia tidak tahu untuk menoreh namun kerana tekadnya untuk menemani suaminya, Al Fatah Rahim Ismail, 72, dia cuba belajar.
“Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.
“Saya berdoa Allah permudahkan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi ke kebun getah. Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya.
“Menoreh merupakan rutin kami setiap pagi, saya dan suami akan keluar seawal 6.30 pagi dan pulang kira-kira pukul 9 pagi,” katanya kepada mStar Online.
Selain itu, Mak Mah turut mencuba sesuatu yang baru seperti memancing kerana suaminya juga suka memancing dan membawanya sekali.
Dalam pada itu, Mak Mah akui dia kini sangat bahagia sejak berkahwin dengan peneroka Felda Jelai, Negeri Sembilan itu.
Malah, Mak Mah tidak merasa susah hati sehinggakan berat badannya juga meningkat sehingga 70 kilogram.
“Hati saya senang sahaja, tidak fikir masalah dan tidak fikir duit cukup atau tidak kerana semua suami yang uruskan.
“Sampai baju atau keperluan harian lain dia yang uruskan, setiap kali saya mahu keluarkan duit, dia tidak benarkan.
“Orang kampung kata saya sudah berisi sekarang, bila timbang memang sudah 70 kilogram daripada sebelum ini hanya 64 kilogram.
“Saya ingat sudah tidak boleh gemuk, rupa-rupanya bila hati senang dan gembira badan kita boleh naik juga,” katanya yang bersyukur dengan kehidupannya kini.
Tambahnya, dia tidak menyangka di akhir-akhir usianya dapat menjalani kehidupan indah sebegini.
Sementara itu Mak Mah akui dia masih menerima tawaran untuk berlakon kerana sudah menjadi darah dagingnya.
Pasangan ini bernikah dalam sebuah majlis sederhana di Klang, Selangor pada 17 Mei 2014. – 

Tiada ulasan:
Write ulasan