Selasa, 28 Jun 2016

Chef Wan Sedih Restoran Ditutup, Kualiti Kucar Kacir

SEBUAH restoran di Singapura yang menjadikan cef selebriti terkenal tanah air, Datuk Chef Wan sebagai ‘wajah’ dan penasihat restoran berkenaan bakal menamatkan operasinya hujung Jun ini.

Restoran 1 Market by Chef Wan yang terletak di Plaza Singapura di kawasan tumpuan Orchard Road itu telah beroperasi selama tiga tahun setengah, sejak dibuka November 2012.
Menurut kenyataan Chef Wan kepada sebuah laman negara itu, penutupan restoran tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan kadar sewa dan juga kualiti makanan yang ditampilkan tidak memuaskan.
“Kontrak kita selama tiga tahun dah sampai, mereka naikkan sewa jadi tentulah akan bertambah kos kita kan. Itu yang kita kena fikirkan.
You boleh lihat kualiti pengurusan kucar-kacir, makanan dan resipi pun tak buat apa yang kita dah tunjuk. Cef pun ikut suka-hati mereka. Bila I dengar tu, I marahlah.
I pun tak dijemput lagi untuk develop resipi hampir 10 bulan. Masalah pengurusan memang Idapat lihat jelas dan terbawa-bawa hingga ke kualiti makanan.
“Bila kita dah habis 3 tahun kontrak ni kita bincang baliklah. Sudah tentunya I tak puas hati kan?” kata pemilik nama sebenar Redzuawan Ismail yang juga anak jati Singapura.

Berita penutupan itu dikongsikan sendiri oleh Chef Wan, 57; melalui laman Instagram miliknya.
Tidak dinafikan bahawa cef selebriti ini turut berasa sedih dengan penutupan restoran terbabit memandangkan ia berjaya menjana pendapatan sebanyak RM3,017,331.20 sebulan.
“Benda ni sayang sebab kami bekerja keras. Banyak promosi. Saya jenis ‘tough person’ yang selalu percaya hujan atau panas, apa pun yang terjadi kita kena teruskan kehidupan.
“Bukan sesuatu yang you bimbang atau nak terjun diri dari bangunan,” ujarnya. – 

Tiada ulasan:
Write ulasan