Rabu, 29 Jun 2016

Bangga Tak Beri Suntikan Vaksin Pada Anak

KUALA LUMPUR - Status seorang selebriti yang 'bangga' tidak memberikan suntikan vaksin pada empat orang anaknya, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Tindakan Suhaimi Saad, bekas penyanyi nasyid kumpulan In Team, disifatkan cuba mempengaruhi ibu bapa agar menolak suntikan vaksin pada anak-anak mereka dan mempertikaikan kesahihan status halal vaksin di Malaysia. 

"Empat orang anak saya tidak divaksin. Saya tak suka, tetapi anak orang lain terpulang dan tiada halangan. 
"Apa yang saya amalkan ialah memastikan setiap mereka menyusu dengan susu ibu selama dua tahun sebagaimana yang ditulis di dalam Al Quran. Ditahnik dengan kurma atau madu sebagaimana yang Nabi s.a.w ajarkan. Mengamalkan makan habbatus sawda sebagaimana yang Nabi s.a.w anjurkan, kerana habbatus sawda dapat mengubati segala penyakit kecuali mati," katanya suami kepada Ina Naim Bunga.

Selain menyarankan ibu bapa mengamalkan makanan yang halal dan bersih kepada keluarga, dia turut menyarankan meeka belajar, baca dan faham serta mengamalkan Al Quran. Selebihnya bertawakal. 

"Saya dan anak-anak tidak makan panadol, ubat klinik atau hospital. Pergi klinik hanya untuk kenalpasti penyakit. Kalau darurat, itu cerita lain. Tapi alhamdulillah setakat ini belum pernah," katanya yang turut menjelaskan bahawa dia tidak mengambil sebarang insuran. 

Sementara itu, netizen menganggap Suhaimi cuba mencari publisiti murahan dan tidak faham dengan konsep herd immunity. 

"Allah Maha Kuasa, vaksin tak ada kuasa. Kalau dah yakin sangat dengan vaksin, buat apa nak takut pada orang yang tak vaksin? Kalau 100 kali vaksin pun, kalau Allah kata sakit, sakitlah juga. Lagi-lagi kalau vaksin guna benda haram. Tak hairanlah," katanya membalas semula kecaman netizen terhadapnya, sebelum meminta maaf tidak beberapa lama selepas itu. -

Tiada ulasan:
Write ulasan