'Awak Study UIA Saja, Bukan Oversea Pun'

Dalam dunia ini, kita memang tidak akan terlepas dari perlian orang. Dalam kes aku, perlian itu adalah dari makcik aku sendiri. Ya, orang yang boleh dikatakan darah daging sendiri. Tetapi tak putus memberi perlian dan bersifat berat sebelah. 

Kisah ini bermula lima tahun yang lalu, sewaktu aku masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tercinta. 

Aku ada ramai sepupu dan kami sangat rapat seperti adik beradik. Kami semua juga rapat dengan makcik kami ini. Tetapi sejak sepupu aku study di oversea, makcik aku ini banyak melebihkan sepupu-sepupu aku. 

Di Facebook, dia selalu bertanya khabar sepupu-sepupu aku tetapi langsung tidak pernah bertanya khabar pada aku. Gambar-gambar mereka di oversea, semua dia komen dan like. Berbual macam-macam, tanya macam mana kehidupan di oversea, okay ke tidak, study elok-elok dan sebagainya. Tetapi aku langsung tidak diendahkan. 

Pada hari raya dulu, bila kami satu keluarga besar berkumpul, aku tengok makcik-makcik aku tengah berbual dengan sepupu-sepupu dari oversea. Aku pun nak turut sertai perbualan mereka. 

"Eh? Eh? Ini orang-orang yang study oversea saja berbual. Shuh! Shuh!" katanya. 

Aku tak tahu sama ada dia bergurau atau sebaliknya. Kalau bergurau pun, terasa sakit hati ini juga kan? Aku pun terus masuk ke bilik, buka laptop dan tengok movie seorang diri. Dalam hati fikir, loser sangat ke aku study di Malaysia saja? Hina sangat ke? 

Dan ada masa ketika dulu, aku dan sepupu-sepupu tengah berbual. Dia bercerita tentang susah study di oversea. Dia nak mengadu saja dan aku pun jadi pendengar yang baik. 

"Samalah kita. Di UIA pun susah juga. Macam-macam hal," kata aku. 
"Awak study UIA saja, bukan oversea pun. Takkanlah susah macam oversea tu?" tiba-tiba makcik menyampuk perbualan kami. 

Memang sentap sangat bila dia berkata begitu. Padahal dia dulu pun bukan ada education. Tetapi nak berlagak lebih apa hal??

Dan dugaan aku belum habis lagi apabila aku terpaksa extend satu sem sebab cocu. Dan sepupu-sepupu aku dah grad dan balik ke Malaysia. Semua Alhamdulillah graduan engineering dengan result yang cemerlang. Aku bangga dengan korang! 

Dan seperti biasa waktu raya, makcik nak menyakitkan hati aku lagi. 

"Eh? Awak tak grad lagi? Kazen-kazen awak yang oversea itu semua dah grad. Awak bila lagi? Susah sangat ke UIA tu? Awak course ICT saja kan?" katanya. 

Maka kesakitan di hati ini bertambah bertingkat-tingkat. Tetapi aku tahu Allah maha adil. Allah suruh aku bersabar dan percayakan pada perancanganNya. 

Aku pun belajar dengan baik, rajin, walaupun grad dengan sult yang sederhana tetapi aku berjaya juga menamatkan pengajian di UIA. 

Ke hadapan makcikku,

Saya dah berjaya grad dan selepas sebulan saya grad, saya sekarang adalah seorang software engineer di salah sebuah giant tech company di Malaysia dengan gaji permulaan sebanyak RM3,200 sebulan. 

Dan selepas beberapa bulan bekerja, saya berjaya membeli kereta baru dan bakal membeli rumah. Saya tengok anak-anak oversea makcik itu masih tak bekerja lagi. Ada apa-apa lagi yang makcik nak perli saya? Tak? Good! Mystery Man |

0 comment... add one now