Khamis, 16 Jun 2016

“Anak Bayarlah Ikut Suka Anak, Seringgit Ke Dua Ringgit Ke….Terpulang”

Setiap kali masuk bulan puasa, ramai mengambil peluang untuk berniaga di bazar ramadan. Tak kurang juga berniaga kecil-kecilan di tepi-tepi jalan. Kalau kena pada ‘caranya’ memang untung berlipat ganda.
Namun berbeza pula buat pakcik ini yang menjual aneka lauk dengan harga yang mungkin tak masuk akal. Ikut korang je nak bayar berapa? Pakcik biar betul.

Macam-macam lauk

Semalam before berbuka dekat Murni Kelana Jaya, aku saje pergi jalan dekat Bazaar Ramadhan SS6 KJ tu (belakang flat Polis). Memang meriah la. Aku tawaf dari start sampai paling hujung. Dapat la beli rojak buah dengan skewer chicken 2 cucuk.
Then time nak patah balik ke Murni aku lalu satu gerai pak cik ni jual banyak lauk. Kebanyakkannya ikan. Memang ramai orang. Aku jenguk la tengok lauk-pauk dia. Memang banyak la. Ada siakap 3 rasa, ketam masak merah, ikan sweet sour & macam-macam lagilah.

Pakcik, berapa harga?

Pastu, aku dengar ada sorang mamat ni tanya, “Pak Cik, harga ikan ni berapa?” Sambil tunjuk arah ikan siakap 3 rasa yang sebesar lengan. Tau apa pak cik tu jawab?
“Anak bayar la ikut suka anak, seringgit ke 2 ringgir ke, terpulang”. Tercengang semua yang ada kat situ. Pastu mamat tu tanya lagi, “Boleh ke pak cik?”.
“Apa pulak tak boleh, dengan izin Allah semua boleh. Pak cik yakin dengan rezeki Allah”, sambil membungkus siakap 3 rasa tersebut.
Ya. Yakin & percaya. Selamat berbuka.
P/s: Pak Cik tu pakai baju warna putih, bertopi hitam
Memang lain dari yang lain cara pakcik ini berniaga. Moga bisnes pakcik bertambah maju lah lepas ini. Walaupun pakcik ini tetapkan harga macam tu tapi pesanan kami kalau boleh bayar tu biarlah setimpal dengan apa yang dibeli. Nak bayar lebih pun tak apa, sama-sama kita buat kebaikan di bulan mulia ini.
Sumber : Ammar Rahimi

Tiada ulasan:
Write ulasan