Selasa, 14 Jun 2016

Akui Berkawan Rapat, Wak Doyok Terima Jika Azrinaz Jodohnya

PETALING JAYA: Ikon fesyen iaitu Wak Doyok mengakui dia kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor, 35, memberitahu dia selesa berkawan dengan wanita itu dan tidak menolak jika ditakdirkan untuk hidup bersama jika ada jodoh.

"Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

"Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media)," ujarnya

Wak Doyok diminta mengulas tentang hubungan istimewanya dengan Azrinaz Mazhar Hakim apabila dilihat sering menghadiri majlis bersama.

Terbaharu, Azrinaz memuji keenakan kuih koci dalam Instagram miliknya yang dibuat ibu Wak Doyok.

Bagaimanapun, Wak Doyok berkata, dia mengakui terdapat jurang antara dia dan wanita itu kerana Azrinaz adalah daripada golongan kenamaan.

"Dia bukan orang sembarangan dan saya pula hanya orang kampung sahaja, rasa macam tidak padan pula. Tapi bagi saya untuk memikit seorang wanita perlu memikat kedua-dua ibu bapanya dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Wak Doyok berkata, dia bakal ke Indonesia dalam masa terdekat bagi memenuhi jemputan temuramah beberapa stesen televisyen di sana.

Katanya, dia menerima permintaan untuk di temuramah dalam beberapa program bual bicara tentang gaya hidup dan fesyen di Indonesia.

"Mereka minta untuk temuramah saya dalam beberapa program popular di sana, jadi mungkin saya akan ke sana tidak lama lagi.

"Saya tidak sangka dapat perhatian dengan masyarakat Indonesia, mereka terinspirasi daripada kisah saya dahulu dan sekarang," ujarnya.

Selain itu, Wak Doyok berkata, dia bakal membuka cawangan kedai gunting rambut di Jepun dengan seorang rakan kongsi di negara itu.

Tiada ulasan:
Write ulasan