Adik Dipaksa Gosok Kemaluan Sepupu

Assalamualaikum admin. Saya ada kisah yang ingin dikongsikan. Minta hidekan nama saya. 

Kisah yang hampir serupa berlaku seperti kes kanak-kanak perempuan yang dicabul ahli keluarga mangsa, kes pedofilia. Kes saya pula, mangsa ialah adik lelaki saya yang berusia 7 tahun. Pelakunya adalah anak kepada makcik saya, kakak ibu saya. Kejadian berlaku pada pertengahan tahun lalu (2015).

Kami tinggal bertiga sahaja, memandangkan bapa sudah lama meninggal dunia. Ibu dan saya mempunyai pekerjaan masing-masing. Jadi, setiap kali adik pulang dari sekolah, dia akan menumpang di rumah makcik. 
Satu malam itu, adik saya mengadu yang anak makcik melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap adik saya. Pada mulanya saya fikir positif, mungkin anak makcik hanya sekadar bergurau dengan adik. Tetapi bila ditanya lebih lanjut, adik beritahu yang dia dipaksa untuk menggosok kemaluan anak makcik saya itu sehingga mengeluarkan cecair seperti susu. Bukan itu sahaja, dia juga cuba memasukkan kemaluannya ke dalam punggung adik saya. Tetapi cubaannya untuk berbuat demikian gagal. 

Terkejut mendengar pendedahan adik ini, saya dan ibu terus membawa adik melakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian dari doktor. Doktor pula menyarankan agar kami membuat laporan polis. Ya, kami buat laporan polis dan menceritakan satu persatu tentang kejadian yang menimpa adik saya. Pada malam itu juga, pelakunya ditahan untuk disoal siasat di balai. 

Reaksi keluarga yang lain? 

Mereka menyalahkan kami kerana bertindak terburu-buru membuat laporan polis. Mereka menuduh adik mereka-reka cerita! Takat mereka cerita itu memang terbaiklah kan sebab detailnya memang terlalu detail. Ibu saya menerima desakan yang sangat hebat. Keluarga makcik datang merayu-rayu meminta kami menarik balik laporan polis kononnya malu. Keluarga yang lain pula sibuk nak menyalahkan ibu saya. 

Bayangkanlah ibu tunggal ditentang hebat seperti itu. Masa inilah betapa saya mengharap sangat yang ayah ada disisi. Akhirnya, ibu saya menarik balik laporan polis akibat desakan melampau dari sanak saudara. 

Akibatnya, saya dan ibu agak lama tidak bertegur sapa kerana saya kecewa dengan tindakan ibu yang membiarkan nasib anak semata-mata kerana lebih mengutamakan adik beradiknya yang lain. 

Saya pernah bertanya pada polis yang tugas, apa yang akan terjadi kalau laporan polis ditarik semula. Sarjan itu menjelaskan bahawa kes itu tidak akan dilepaskan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan turut sama memantau. Kononnya. 

Jangan percaya. Kes adik saya senyap begitu saja. Selepas 6 bulan kejadian, barulah JKM sibuk nak bertanya. 

"Kami dimaklumkan report dah ditarik balik ya?"

6 bulan selepas kejadian baru kau sibuk nak bertanya?! Dan sampai sekarang kes jadi senyap saja. Maaflah, saya tidak pernah percayakan polis. Di kawasan perumahan kami, aktiviti hisap gam, dadah, perjudian serta aktiviti yang tidak bermoral terlepas begitu sahaja. Iyalah, selagi tiada yang mati, buat apa nak ambil peduli? Maaflah, memang bukan semua polis begini, tetapi pada masa di kawasan saya, begitulah mereka.

Saya berharap undang-undang berkaitan hukuman ke atas pedofilia ini diberatkan lagi. Kalau boleh, gantung sampai mati pun tak apa. Golongan seperti ini tidak layak duduk atas muka bumi, merosakkan zaman kanak-kanak. 

Untuk para ibu bapa yang lain, tolong jaga dan pantau anak-anak anda. Anda tempat mereka mengadu dan percaya. -

0 comment... add one now